Related Stories
Dicitrakan pada tahun 1999, Twenty~4 merepresentasikan keanggunan feminin nan abadi. Didedikasikan buat wanita yang ingin mengimbangi gaya hidup aktif selari arus kemodenan masa kini. Lantas menjadi pendamping penuh bergaya buat mengisi setiap ruang saat bersama.
Hampir 20 tahun saat kemunculan perdana himpunan arloji Twenty~4® garapan Patek Philippe terus memancarkan sinar keanggunan femininnya. Dikonstruksi dalam versi emas merah serta keluli tahan karat yang dihiasi rincian dari berlian, ia adalah pelengkap persalinan yang sempurna. Pesonanya mengimbangi apa jua persalinan dari bergaya formal atau bernada kasual untuk liburan petang dan malam. Turut, terlihat sempurna melilit pergelangan tangan kala menyarungkan dress saat pemakainya menghadiri majlis Gala.

Beralih pada tahun 2018 menandakan pelancaran Twenty~4 Automatic, yakni model serba baru yang menawarkan nadi mekanikal automatik dengan rekaan casing berbentuk bulat. Susuk rekaannya yang terbias bernada kontemporari, tercipta dalam keluli atau emas merah dengan paparan laman dail dari pelbagai rona bagi mengiringi gaya hidup eklektik lagi bertenaga sepanjang masa.

Bingkisan terkini Twenty~4 Automatic tersedia dalam lima versi. Dua dalam konstruksi keluli dengan rincian bezel bertatahkan berlian. Kemudian, dua berkemasan material emas merah juga berpunya rincian bezel bertatahkan berlian dan satunya lagi membias seni ketukangan Haute Joaillerie dalam emas merah yang memaparkan berlian di sekujur tubuhnya. Teknik tetapan permata ‘Dentelle’ yakni gaya renda, menghasilkan konfigurasi dua baris batu berlian yang menyerlahkan sinarnya. Kesemua berlian merupakan gred teratas Wesselton yang dipotong rapi tanpa cela kepada piawaian tukang emas yang paling tepat.

Versi keluli dengan bezel set berlian tersedia dengan dail bergaya sunburst biru 7300/1200A atau kelabu 7300/1200A dengan gradasi hitam. Kesemua arloji ini berdegup nadi kaliber 324 S C, yang boleh dilihat menerusi bahagian belakang jam. Jam memaparkan jam, minit dan saat, serta tingkap tarikh dalam apertur kecil pada posisi jam 6. Himpunan Twenty~4® garapan Patek Philippe tersedia menerusi butik The Hour Glass.
Pautan berkaitan: Jejaka Horologi Terhangat
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
