GLAM Weddings: Majlis Perkahwinan Kim Raymond
Bahagia melakar kisah baru bersatu dalam Majlis Walimatulurus Kim Raymond dan Zahir Omar penuh makna. Selamat pengantin baru!
Perkahwinan selebriti sering menjadi perhatian ramai, dan kali ini, giliran bekas isteri pelakon Keith Foo, Kim Raymond, yang mencuri tumpuan apabila melangsungkan perkahwinan dengan pengarah filem terkenal, Zahir Omar. Majlis penuh bermakna itu diadakan secara tertutup pada 12 Disember 2024 lalu, namun suasananya tetap meriah. Kim turut berkongsi momen indah bersama para peminat, membolehkan para peminatnya menyaksikan detik bahagia pasangan tersebut. Bagai cincin dengan permata, pasangan mempelai ini tampil serasi dalam busana sedondon berona krim yang menonjolkan keanggunan serta keharmonian hubungan mereka. Dengan hanya sekali lafaz, Zahir Omar sah menjadi suami kepada Kim Raymond, menyempurnakan ikatan cinta mereka yang kini melangkah ke fasa baharu.
Membuka Lembaran Baru, Kim Raymond Sah Isteri Zahir Omar

Dalam majlis penuh makna itu, Kim menerima mas kahwin sebanyak RM800, simbolik kepada penghormatan serta tanggungjawab yang dipikul oleh pasangan ini dalam melayari kehidupan berumah tangga.
Kim kelihatan anggun dalam busana pengantin rekaan pereka terkenal, Adila Long, manakala sentuhan solekan eksklusif oleh jurusolek Tiar Zainal melengkapkan penampilannya. Kini bergelar seorang pempengaruh, Kim sekali lagi membuktikan gaya dan pesonanya tidak pernah gagal memikat perhatian ramai.

Sebelum bergelar isteri kepada Zahir Omar, Kim Raymond pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Keith Foo pada November 2015. Dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Skylar Raymond, yang kini berusia tujuh tahun dan menjadi penyeri hidup Kim. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang, dan pada Disember 2019, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah secara baik. Meskipun perpisahan tersebut menandakan berakhirnya hubungan sebagai suami isteri, Kim dan Keith tetap menunjukkan kematangan luar biasa dengan mengekalkan hubungan harmoni demi memastikan kebahagiaan serta kesejahteraan Skylar sentiasa terpelihara. Keakraban mereka sebagai ibu bapa mencerminkan nilai kasih sayang tanpa sempadan, meskipun dalam situasi yang berbeza.

Difahamkan, Kim Raymond telah melafazkan syahadah dan memeluk agama Islam pada 24 Oktober 2024 dalam satu majlis penuh bermakna di Markas Al-Khadeem, Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya, Selangor. Pengislaman tersebut disaksikan oleh pendakwah tersohor, Datuk Sheikh Hussain Yee, yang juga merupakan Presiden Al-Khadeem, menambahkan lagi keberkatan pada detik istimewa itu. Moga Kim dan Zahir kekal bahagia melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kasih sayang dan keharmonian. Semoga ikatan mereka sentiasa diberkati, dirahmati, dan dipenuhi dengan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhir hayat.
Artikel Berkaitan: GLAM Junior: Imane Lunara Cahaya Mata Sulung Intan Najuwa
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
