GLAM Weddings: Luna Maya & Maxime Bouttier Disatukan Di Bali
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioSetelah beberapa tahun menjalin kasih sayang dan mengukir kenangan indah bersama, pelakon terkenal Indonesia Luna Maya dan kekasih hatinya Maxime Bouttier akhirnya mengikat janji suci dalam ikatan pernikahan yang indah pada petang Rabu yang penuh makna.
Luna Maya Sugeng dengan wajah berseri penuh kebahagiaan, menerima ikatan suci dari pasangan pilihannya melalui upacara akad nikah yang diwalikan oleh abang tersayang, Tipi Jabrik. Momen penuh makna itu disempurnakan dengan kehadiran sahabat rapat Luna, pelakon terkenal Raffi Ahmad, yang hadir sebagai saksi bersama penolong pendaftar perkahwinan dan seorang saksi lain yang turut merestui kebahagian pasangan ini.
Majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup itu diadakan di sebuah resort mewah, COMO Shambhala Estate yang terletak di Bali, dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan sahabat-sahabat rapat pasangan tersebut.
Maxime Bouttier yang terkenal melalui filem “Matt & Mou” dan “Ticket To Paradise”, tampil kemas dalam persalinan serba hitam mengikut tradisi Jawa dari KRATON Auguste Soesastro, manakala Luna tampil menawan dengan mengenakan kebaya putih dengan veil panjang dari Eddy Betty.
Wajah jelitanya dirias dengan sentuhan solekan anggun oleh AndyChun yang menonjolkan kecantikan semula jadi, dengan pembayang mata dalam ton nude yang lembut dan gincu merah jambu yang memberikan kesan segar pada bibir menawannya. Dandanan rambut Luna pula menerima sentuhan Arnold Dominggus.
Hari bahagia Luna Maya dan Maxime Bouttier ini tentunya menjadi titik permulaan indah bagi kehidupan baharu mereka sebagai suami isteri. Diiringi doa dan harapan dari peminat, pasangan ini kini memulakan babak baharu dalam kisah cinta dengan penuh kesabaran dan kesetiaan.
Artikel berkaitan: Cinta Yang Tertulis Di Bintang: Luna Maya & Maxime Bouttier
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.






