Related Stories
Home > GLAM Plus > GLAM Weddings > GLAM Weddings: Perkahwinan Farah Amira, Anak Dato Seri’ Azmin Ali
GLAM Weddings: Perkahwinan Farah Amira, Anak Dato Seri’ Azmin Ali
Ikatan suci perkahwinan menyatukan dua hati, Farah Amira dan Wan Amir Hakim, dalam sulaman cinta yang mekar penuh bahagia.
Di lembayung perkahwinan, bermulanya jejak kehidupan disemat bersama. Pasangan Farah dan Hakim saling mencurah kasih sayang seperti pertemuan bulan dan bintang. Selamat diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang berlangsung dengan penuh kesyukuran. Sinar kasih kedua mempelai menyinari di wajah anaknda YB Dato Seri’ Azmin Ali di majlis nikah penuh berkat baru-baru ini. Majlis tersebut disaksikan oleh Ustaz Jamal Abdul Halim, Penolong Pendaftar Nikah Masjid Wilayah Persekutuan. Ibu bapa Farah Amira, Azmin dan Shida, turut meluahkan rasa syukur atas penyatuan pasangan ini dalam ikatan perkahwinan yang dirahmati Allah SWT. Manakala, Tuan Guru Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menyampaikan khutbah nikah serta nasihat dan pedoman kepada kedua mempelai demi membina keluarga yang sakinah, mawaddah, dan warrahmah, serta menjadikan kehidupan berkeluarga sebagai inspirasi untuk mencapai kebahagiaan sejati, baitul jannati.
Bahtera Cinta Berlabuh, Perkahwinan Farah Amira dan Hakim Kekal Abadi

Acara resepsi berlangsung di Grand Ballroom Shangri-La Kuala Lumpur menyaksikan sebuah majlis yang sungguh anggun dan penuh pesona. Dihiasi dengan dekorasi yang memadukan unsur klasik dan moden, suasana menjadi lebih memukau dengan susunan bunga segar yang mencipta suasana romantik. Kehadiran tetamu-tetamu kenamaan, keluarga, dan sahabat handai menambah kemeriahan majlis, mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Pasangan tampil mempesona dalam busana rekaan hasil sentuhan Rizalman, solekan oleh Khir Khalid dan hijab styling hasil Didiyana Ehsan. Pelbagai elemen moden dan tradisional digabungkan untuk mencipta suasana yang mengagumkan di Majlis Walimaturus Farah Amira dan Hakim.
Cinta seindah taman, majlis perkahwinan Farah Amira dan Wan Amir Hakim bukan sahaja menyatukan dua hati, tetapi juga mengukuhkan ikatan kasih sayang yang abadi. Dengan restu keluarga dan doa dari mereka yang tersayang, perjalanan bahagia Farah dan Hakim bermula. Diharapkan kebahagiaan yang tercipta pada hari bersejarah ini akan terus mekar dan berpanjangan, membawa mereka menuju masa depan yang penuh berkah.
Artikel Berkaitan: GLAM JUNIOR: Intip Dekorasi Bilik Anak Intan Najuwa Yang Stylish
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
