Loading media...

Unable to load content
Nick Jonas Berbicara Mengenai Puteri Sulung Buat Kali Pertama
Kolaborasi LISA dan Rosalia Dalam Single Terbaru ‘New Woman’
Tahniah! Amylea Azizan Kini Milik Abang Bomba
Peach Donut, Apa Yang Menarik Tentang Buah Viral Ini?
Tinjau Kediaman Mewah Cher Bernilai RM92 Juta Di La Gorce Island
Home > Gaya Hidup > “Hari Terburuk Dalam Hidup Saya” – Hannah Waddingham Diseksa Dalam Game Of Thrones

“Hari Terburuk Dalam Hidup Saya” – Hannah Waddingham Diseksa Dalam Game Of Thrones

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Setelah dua tahun tayangan Game of Thrones berakhir, Hannah Waddingham akhirnya mendedahkan pengalaman pahitnya membintangi siri popular tersebut.

Menerusi satu wawancara bersama Collider, Hannah mengesahkan bahawa dia benar-benar diseksa ketika merakamkan babak terakhir untuk peranannya, Septa Unella dalam musim keenam.

Walaupun dikenali sebagai pelakon berdedikasi, dia mengakui pengalaman tersebut terlalu sukar untuk dilalui.

Dalam siri tersebut, Hannah memegang watak sebagai Septa Unella, seorang penganut setia ajaran Faith of Seven Westerosi yang menyeksa Cersei Lannister (Lena Headey) ketika dipenjarakan dalam musim keenam.

Pada penghujung musim tersebut, Cersei memperoleh kembali kuasanya dan membalas dendam terhadap Unella dengan menyimbah wain ke wajahnya dalam sebuah kamar gelap di Red Keep. Hannah menjelaskan proses penggambaran tersebut secara terperinci kepada Collider.

Game of Thrones: Hannah Waddingham on Literally Being Waterboarded
Foto: HBO
Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse