Inspirasi Cinta Episod 1
#StayHomeWithGD: Resipi Sajian Makaroni Keju Klasik
Diari Deko – Semburan Pembersih Semulajadi
Personaliti – Heidi Nazarudin
GLAM Deko Tips – 10 Barangan Perlu Dibuang di Kamar Tidur

Hotel Dengan Hospitaliti Terbaik

Tiada yang lebih bermakna mencipta bibit nostalgia bersama tersayang kala berdarmawisata. Abaikan jarak destinasi, jauh atau dekat, luar mahupun dalam bandar; yang utama adalah hospitaliti hotel dan resort yang bersifat mesra keluarga dan kanak-kanak buat menggamit satu lagi memori terindah.

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
Legoland Johor Bahru Taman tema Legoland dibawakan oleh  LEGOLAND® Malaysia Resort menjadi satu lagi destinasi wajib sebagai percutian keluarga. Bertemakan permainan terkenal LEGO®, ianya memiliki 70 permainan interaktif seperti tunggangan, slaid, pertunjukkan dan tarikan, hampir kesemuanya bersifat mesra pengguna. Ia membolehkan kanak-kanak mengemudi setiap permainan secara individu dengan menolak, menekan pedal dan semestinya membina. Pengunjung mesti menerokai tujuh kawasan imaginasi bertema termasuk The Beginning, LEGO® Technic, LEGO Kingdoms, Imagination, LEGO City, Land of Adventure dan MINILAND. Pengembaraan bermula di pusat eksperimen LEGO sehingga permainan mencabar roller coaster menjadikan pengembaraan panjang buat seisi keluarga. Maklumat lanjut layari Legoland Malaysia.
4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse