10 Muzium Seni Wajib Dikunjungi
Trend – Fleksibiliti Rutin Moden
Ekspresikan Kreativiti Anda Dengan Kuntuman Bunga Lego
GLAM Deko Trend – Meja Multi-fungsi Neoliticco
GLAM Deko Santai bersama Dato’ Aliff Syukri & Datin Shahida Mohd Rashid

Ilham – Idea Hias Meja Santapan Merai Tetamu

Dari mata turun ke hati terus menawan tunas rasa. Penggayaan di meja makan sering diambil enteng sedangkan ia adalah perkara utama apabila merai tetamu. Biarpun sekadar tea time, pastikan semuanya bersentuhan indah teratur malah memudahkan kerja merai.

Slide untuk lihat gambar. 

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
Ambien Cinta Berikan tanggapan luar jangkauan dari pasangan menerusi penguasaan warna biru gelap. Perincian ukiran Orante membangkitkan aura romantis dalam atmosfera mewah tidak terperi. Penggayaan meja makan ini ideal untuk dinner date. Dari atas kiri; Set kutleri daripada Bitossi Italy Retro. Pinggan makan porselin berira simetri alami, Bitossi Italy Romantic. Pinggan makan Grammah berukiran cengkerang dan mangkuk nasi Polygon matte daripada Lovera Collection. Gelas kaca berkaki tinggi dan pasu seramik, Egg3. Meja dihampar kertas dinding bercorak burung Kakak Tua, Danovel. Dulang seramik bercorak jejalur bersadur keemasan juga daripada Danovel.  
4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse