Loading media...

Unable to load content
Peraturan Kecantikan Keluarga Diraja Kate Middleton Harus Patuh
Bawa Pulang Emas Dalam Sea Games 2025, Kenali Pearly & Thinaah
The St. Regis Langkawi Destinasi Yang Mengajar Untuk Menikmati Hidup Perlahan
Amanda Nell Eu Terima Anugerah Women In Motion Emerging Talent 2024
R’Bonney Gabriel, Dinobat Miss Universe dan Ada Kontroversi?
Home > Gaya Hidup > Izara Aishah Bakal Timang Anak Kedua Bulan Hadapan

Izara Aishah Bakal Timang Anak Kedua Bulan Hadapan

Dalam diam pelakon Izara Aishah hamil sekali lagi dan bakal menimbang anak kedua bulan hadapan.

Perubahan fizikal Izara sudahpun dihidu peminat sejak beberapa bulan lepas namun tiada pengumuman rasmi dilakukan daripada empunya diri.

Baru-baru ini, Izara hadir ke sebuah majlis bersama suami Adib Khalid dan tampil dalam persalinan blazer oversize dan gaun labuh. Pemilihan persalinan longgar dan labuh ini tidak mengejutkan ramai kerana Izara kini lebih selesa dengan look ini.

izara aishah hamil

Foto: Instagram Izara Aishah

Namun dia turut kongsi di laman sosial, beberapa imej dengan kapsyen, “Here I’ll tell you. It’s due next month.” Dijangkakan Izara dan Adib bakal mendapat anak kedua pada Oktober depan.

Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin mendirikan rumah tangga dengan anak tiri Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid pada 17 November 2017. Pasangan ini juga memiliki seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang berusia tiga tahun.

Pelakon kelahiran Bakar Batu, Johor Bharu ini sudah lama tidak mewarnai kaca TV dan layar perak namun lakonannya masih menjadi dambaan ramai peminat. Tetapi pastinya berita Izara Aishah hamil ini mengejutkan peminat-peminat setia. Kami tidak sabar untuk melihat kecomelan bayi baru nanti!

Artikel berkaitan: Miranda Kerr Umum Kehamilan Anak Keempat