LBD Ala Carrie Bradshaw
Keperitan Lampau Menghantui Hati Ain Edruce Dengan Luahan Kasih Miller Khan
Runway Muslimah Pecah Tradisi Minggu Fesyen New York
Guess Which Video Yang Dikesali Oleh Miley Cyrus
Rompakan Keatas Kim Kardashian Satu Konspirasi Dalaman?
Home > Uncategorized > Jaden Smith & Cara Delevingne Berkolaborasi Untuk Filem Tragik

Jaden Smith & Cara Delevingne Berkolaborasi Untuk Filem Tragik

Jaden Smith dan Cara Delevingne bakal bekerjasam untuk sebuah filem baru Life in A Year sebuah kisah cinta yang tragik.

 

Mengikut laporan Deadline, Life in A Year mengikuti kisah seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ingin membantu teman wanitanya merasai kehidupan sepenuhnya dalam tempoh setahun sahaja yang dia punyai untuk hidup.

 

Filem ini menandakan kepulangan Jaden Smith ke layar perak setelah bertahun menyepikan diri walaupun dia kini sibuk dengan rancangan Netflix, The Get Down.

 

Buat Cara pula, Life in A Year merupakan filem genre Young Adult keduanya selepas Paper Towns.

 

Filem ini akan diarahkan oleh seorang pengarah dari Slovenia Mitja Okorn dan ini juga merupakan cubaan pertamanya untuk mengarah filem berbahasa Inggeris.