Loading media...

Unable to load content
Trend Asas Solekan Di Era Pandemik
Matte Atau Dewy? Ini 5 Bedak Asas Terkini Pilihan GLAM
Hadiah Mempersonifikasikan Personaliti?
Rahsia Kulit Lembap 72 Jam
Apa Itu Hiperpigmentasi & Cara Terbaik Merawatnya
Home > Cantik > Jenna Ortega Kini Duta Dior Beauty Baharu

Jenna Ortega Kini Duta Dior Beauty Baharu

Jenna Ortega kini menggalas peranan penting sebagai duta antarabangsa Dior Beauty membawa semangat berani dan keunikan yang telah memikat generasi muda.

Jenna Ortega

Kredit Gambar : Instagram Jenna Ortega

Dilahirkan di California, Ortega mencuri perhatian dunia melalui watak ikonik Wednesday Addams dalam siri Netflix “Wednesday” arahan pengarah terkenal Tim Burton. Dia sekali lagi berkolaborasi dengan pengarah tersebut dalam filem “Beetlejuice Beetlejuice” dan kini sedang menyiapkan musim kedua “Wednesday” yang bakal kembali pada musim luruh 2025. Tahun ini, dia juga membintangi dan menjadi pengarah eksekutif untuk filem “Death of a Unicorn” serta muncul bersama The Weeknd dalam “Hurry up Tomorrow” arahan Trey Edward Shults. Ortega baru sahaja selesai penggambaran “The Gallerist” bersama pelakon pemenang Oscar Natalie Portman dan turut memegang watak utama dalam “Klara and the Sun” arahan Taiki Waititi.

Jenna Ortega

Kredit Gambar : Instagram Melanie Inglessis

Jenna Ortega menonjolkan keanggunan berani yang juga lambang kepada House of Dior. Bintang muda yang meningkat naik ini juga memberi inspirasi terhadap seluruh generasi disebalik keperibadiannya yang unik.

“House of Dior melambangkan keberanian, keanggunan, dan kelestarian, dan menjadi sebahagian daripadanya adalah pengalaman yang amat menyeronokkan dan luar biasa. Kali pertama saya memakai gincu, ketika itu mungkin berusia 10 atau 11 tahun sewaktu bekerja, kerana saya mula berlakon sejak kecil lagi. Saya memakai gincu ibu saya dan kami berada di kamar mandi studio,” kata Jenna Ortega.

 

Artikel berkaitan Dior Beauty Le 30 Montaigne Advent Calendar