Dimanakah Kim Kardashian?
Barisan 20 Selebriti #EH!TOP20XELLE Tahun 2017!
Ucapan Penuh Inspirasi Rihanna Selepas Menerima Penghormatan Daripada Parsons
Nabila Huda In Tokyo: New Adventures New Man
Ryan Reynolds Dianugerahkan Bintangnya Sendiri
Home > Uncategorized > Jennifer Lawrence Terus Menggali Kubur Sendiri

Jennifer Lawrence Terus Menggali Kubur Sendiri

 

Jennifer Lawrence sekali lagi menarik perhatian netizen untuk sebab yang salah dan para netizen mengambil peluang ini sekali lagi untuk menegur tingkah lakunya yang tidak sensitif. Baru-baru ini Jennifer dijemput untuk membuat kemunculan dalam sebuah rancangan The Graham Norton Show bersama Chris Pratt semasa jelajah media untuk filem terbaru mereka Passengers.

 

Dalam satu segmen rancangan tersebut Jennifer sedang berkongsi pengalamannya semasa melakukan pengambaran di Hawaii dan berlaku satu insiden di mana dia merosakkan kawasan suci milik penduduk di sana dan hampir menyebabkan kemalangan terhadap seorang kru.

 

“Kami sedang melakukan pengambaran di Hawaii dan terdapat beberapa biji… batu… suci… — Saya tak pasti, mungkin nenek moyang mereka — tapi batu suci,” katanya. “Dan anda tak sepatutnya duduk atasnya sebab tidak boleh memaparkan bahagian sulit anda kepada batu-batu ini. Saya, walau bagaimanapun, sedang memakai sepasang wet suit sepanjang penggambaran, jadi, ya tuhan batu-batu itu elok untuk punggung yang gatal!.”

Walaupun cara Jennifer menceritakan pengalamannya itu dengan nada yang sangat berjenaka dan bersahaja, khalayak ramai amat kecewa dengan tindakannya. Sejurus selepas rancangan itu disiarkan, netizen di Twitter terus menyuarakan kekecewaan mereka terhadap pelakon tersebut.

https://twitter.com/lexi4prez/status/806596113260285952 https://twitter.com/miercolesgbr/status/806586756841631745 https://twitter.com/ruinedpicnic/status/806898455864082432 https://twitter.com/mkhachik_/status/806604607946444802 https://twitter.com/76MBritton/status/806570748726964224 https://twitter.com/donyallelove/status/806607375918567424 https://twitter.com/emmynash_/status/806641291941580801 Pihak Jennifer masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu ini.

Oleh: Ai Nazmi Norzaid