Keajaiban Miu Miu Holiday 2024 Bersama Emma Corrin
Ibu Berstatus Supermodel Dan Anak Ikut Jejak Langkah
GLAM 101: Emilio Pucci
Pierpaolo Piccioli Buka Lembaran Baharu di Balenciaga
Kristen Stewart Mencari Semangat Gabrielle Chanel Di Sebuah Gudang Terbiar

Kaia Gerber: MVP Paris Fashion Week S/S 2018

Mewarisi bakat dan rupa paras setanding ibunya, supermodel lagenda Cindy Crawford, Kaia Gerber telah menggegarkan dunia fesyen dengan debutnya sebagai model di atas pentas peragaan pada musim ini sejurus selepas dia menyambut hari lahirnya yang ke-16. Pertunjukan pertama Kaia untuk debut istimewanya ini adalah melalui koleksi Calvin Klein oleh Raf Simons samibl diperhatikan oleh ibunya sendiri.

 

Energi dan semangat Kaia mula membina dinamik gadis muda ini dengan beberapa lagi pertunjukan besar seperti Alexander Wang, Fenty x Puma, Coach, Marc Jacobs dan terus bersinar di London untuk London Fashion Week dengan pertunjukan Burberry. Dia terus menarik perhatian ramai di Milan dan juga Paris untuk jenama-jenama seperti Prada, Moschino, Saint Laurent, Chloé, malah dia juga diberi peluang untuk membuka pertunjukan Chanel.

 

Kerjayanya sebagai seorang model tidak bermula di atas pentas malah dia pernah membintangi kempen wangian Marc Jacobs dan pernah ditampilkan di muka hadapan Vogue Paris dan Teen Vogue.

 

GLAM telah menghimpunkan detik-detik atas pentas peragaan di mana Kaia Jordan Gerber telah memikat hati kami dan seluruh komuniti fesyen global.

7 of 21

Fendi

7 of 21

Fendi