Karakter Jejaka Hollywood Yang Membuatkan Anda Percaya Dengan Cinta
Anda memuja lelaki di dalam karakter filem dan mengimpikan lelaki sebegitu menjadi pasangan hidup. Disebalik watak protagonist, ada beberapa watak antagonis juga. Watak dari filem manakah anda ingati malah pernah temui di kehidupan realitimu. Mungkin si dia pernah melukakan hati atau si dia yang kini telah menjadi teman hidupmu?

BRYAN MILLS, TAKEN
Suaranya sahaja menggetar sanubari. Bryan lelaki bersahaja yang kerjayanya ada kaitan dengan aksi lasak. Fokusnya pada kerja sehingga wanita pasti rasa diabaikan. Anda perlu sabar untuk bersama lelaki sepertinya. Namun, andai anda ditimpa masalah, dia paling ke depan membantu malah sanggup berkorban nyawa demimu. Juga dia seorang ayah yang bertanggungjawab terhadap anak.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
