Home > Gaya Hidup > Kate Middleton Langgar Protokol Diraja Buat Kesekian Kalinya
Kate Middleton Langgar Protokol Diraja Buat Kesekian Kalinya
Kate Middleton terus-terusan mempamerkan rasa tidak hormat terhadap protokol Diraja walaupun setelah bergelar Puteri Wales.
Baru-baru ini Kate Middleton dilihat mengayakan pewarna kuku rona merah ketika menghadiri kebaktian gereja pada Hari Easter. Dia menghadiri perhimpunan agama itu bersama suami, Putera William dan tiga anak mereka; Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis. Kehadirannya dalam persalinan biru Diraja dilihat begitu sempurna sekali gus mencuri tumpuan ramai.
Bagaimanapun kuku jari-jemarinya yang diwarnakan merah terang membuatkan ramai kerabat Diraja gelisah. Mendiang Ratu Elizabeth II dilaporkan melarang penggunaan pewarna kuku rona terang. Baginda hanya memakai pewarna kuku Ballet Slippers rona merah jambu cair daripada jenama Essie. Justeru, dia mengharapkan golongan bangsawan lain turut melakukan perkara sama.
Pakar sejarah, Marlene Koenig sebelum ini pernah memaklumkan bahawa tiada peraturan rasmi berkenaan rona pewarna kuku yang tidak boleh digayakan kerabat wanita. Ini bermakna Meghan Markle sama sekali tidak melanggar protokol Diraja ketika mewarnakan kukunya dengan rona hitam pada 2018. Bagaimanapun kesahihan perkara ini tidak dapat dipastikan.
3 Fakta Menarik Tentang YM Dayang Anisha Rosnah binti Adam, Suri Hati Putera Mateen
GLAM Kongsi Ucapan Selebriti Malaysia Sempena Hari Bapa
Putera Harry Dedah Persamaan Meghan Markle & Mendiang Puteri Diana
Ed Sheeran & Adele Tolak Permintaan Raja Charles III
5 Filem & Siri Wajib Tonton di Netflix Pilihan GLAM
Euphoria Musim 3: Segala Yang Perlu Anda Tahu Setakat Ini
Peraturan yang melarang mana-mana kerabat Diraja Britain merakam swafoto itu tidak diketahui ramai sehinggalah Meghan Markle mendedahkannya kepada pengetahuan umum pada 2017. Sewaktu memulakan peranan barunya sebagai barisan hadapan tugas Diraja, Duchess of Sussex menolak ajakan berswafoto daripada peminat semasa melakukan lawatan awam di Nottingham bersama Putera Harry. Menurut portal Mirror, dia menolak permintaan satu pasangan secara sopan dengan berkata, “Kami tidak dibenarkan merakam swafoto.”
Foto: Getty Images
Baca: 10 Protokol Pelik Kerabat Britain Perlu Patuhi

Foto: Getty Images
Netizen Mengulas Tindakan Berani Kate Middleton
Seorang peminat Diraja menyelar Puteri Wales dan menyatakan ia adalah satu kesilapan yang memalukan. “Sayang sekali keseluruhan foto (kerabat Diraja) dirosakkan oleh pewarna kuku merah Kate. Ia melanggar protokol dan Kate Middleton telah memalukan seluruh keluarga. Mengejutkan!”Seorang lagi menghemburnya dengan menulis, “Meghan Markle dikutuk kerana ‘melanggar protokol’ dengan memakai pewarna kuku selain merah jambu. Sekarang ini Kate Middleton memakai pewarna kuku merah. Adakah kami akan diberitahu betapa berani tindakan Kate ini, sama seperti dalam kes Meghan Markle?”Bagaimanapun ada juga yang memuji tindakan ibu kepada tiga cahaya mata itu. “Kate Middleton menggayakan pewarna kuku rona merah. Mengiringi zaman baharu yang moden dan berinovasi, golongan bangsawan tidak akan dilihat sebagai ‘kurang hormat’ dengan tindakan ini. Sebaliknya lebih beradaptasi dengan transformasi.”

Foto: Getty Images
Bukan Kesilapan Pertama
Umum mengetahui ini bukanlah kali pertama Puteri Wales dilaporkan melanggar peraturan Diraja. Kala melakukan lawatan rasmi ke Hospital Diraja Liverpool Ferbruari lalu, Kate Middleton dilihat merakam swafoto bersama beberapa peminat – sekali gus melanggar protokol.Foto: Getty Images
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
