Rihanna Membidas Lawak Snapchat Perihal Keganasan Rumahtangga
Lebih Butiran Mengenai Ella Clooney & Alexander Clooney
Ariana Grande & Pete Davidson Sudah Bertunang!
CFDA Telah Membuat Perubahan Pada Jadual NYFW Spring 2017-2018
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Mangkat
Home > Uncategorized > Kate Middleton & Prince William Bakal Menimang Baby #3

Kate Middleton & Prince William Bakal Menimang Baby #3

Selepas Duchess of Cambridge Kate Middleton bergurau senda dengan suaminya, Putera William, sewaktu berada di Poland sebelum ini untuk membesarkan keluarga mereka, nampaknya hasratnya kini sudah tercapai.

 

Foto John Rainford/WENN.com

GLAM mengucapkan tahniah kepada Kate Middleton, Putera William, Putera George, dan Puteri Charlotte dengan berita gembira yang dikongsikan oleh pihak Istana Kensington baru-baru ini  bahawa kate Middleton kini sudah mengandung dengan cahaya mata ketiganya.

 

“YM Duke dan Duchess of Cambridge dengan berbesar hatinya mengumumkan bahawa Duchess of Cambridge sedang hamil dengan anak ketiganya. Ratu dan keluarga kedua-dua belah pihak juga merasa teruja dengan berita ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan.

 

Kate juga difahamkan sudah hamil kurang daripada tiga bulan dan menurut pengumuman ini juga beliau dilaporkan mengalami morning sickness yang agak teruk.

 

Putera George, 4, yang bakal memulakan persekolahannya minggu ini dan juga Puteri Charlotte, 2, juga merasa teruja dengan berita menakjubkan ini.