Moden Bersulam Islamik
Fokus – Faktor Penting Pelaburan Hartanah
Santuari Pesona Nina Ismail Sabri
Central Park Tower Menara Residensi Tertinggi Dunia
Resipi Nasi Udang Serai dari Sheila Rusly

Kediaman – Banglo Post-Colonial Gaya Inggeris

Jalinan kuat alam dan seni bina bersatu. Dikepung kehijauan landskap nan indah, banglo post-colonial berlokasi di Mutiara Homes, Kota Damansara ini bak saujana mata memandang, redup, asyik dan mempersonakan.

Asyik menyaksikan kelibat ikan koi berenang-renang di dalam kolam, sang itik berpasangan mengapung di permukaan air, bunyi desiran air pancuran yang mengalir menerbitkan satu rasa yang sukar untuk digambarkan. Dikelilingi pagar dan rimbunan pepohon pelbagai spesis yang bertindak menutupi pandangan luar, banglo ini seolah-olah terasing dari kesesakan persekitarannya. Struktur seni bina banglo yang diilhamkan dari era post-colonial diberi nafas dekorasi sepenuhnya oleh pemilik, menterjemahkan sepenuhnya usaha, tenaga dan kreativiti bagi menerbitkan keindahan landskap yang unik dan tersendiri.

7 of 7Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
Kamar beradu dirapi indah dengan padanan warna yang menarik, susun atur ruang kemas dan selesa, serta pencahayaan semula jadi yang menjadikan fungsi ruang kamar lebih baik.    
7 of 7Next
Use your ← → (arrow) keys to browse