Home > Personaliti > Kembara Fesyen Marion Caunter
Temu janji antara GLAM dengan Marion Caunter untuk penggambaran kulit majalah ini diikat tatkala dia berada di Perancis. Kala itu Marion sedang rancak dengan pesta Minggu Fesyen Paris. Saya antara yang mengikuti perkembangan kembara fesyennya itu melalui laman sosial, Instagram. Cuaca Paris yang agak suram kala itu kerana berganti musim tidak langsung memberi efek kepada Marion yang senantiasa dalam busana indah berlabelkan Chanel, Valentino, Burberry Prorsum sehingga ke ceraian rekaan Nicolas Ghesquiere buat Louis Vuitton. Biar pun sibuk menghadiri pertunjukan fesyen, jemputan untuk dia menghiasi kulit majalah yang dikirimkan melalui Whatsapp di balas laju.
Di suatu pagi yang indah dengan sinar mentari yang terik menyapa Kuala Lumpur, sesi penggambaran berlangsung dengan penuh aman. Di sebuah rumah serba putih yang terletak di atas bukit Ampang, terik matahari itu diselindungi rimbun pohon bougainvillea yang tumbuh meliar. Bunga-bunganya kembang dan seri rona merah jambu berbalas dedaunan hijau seakan meniup semangat pada Marion Caunter dan seluruh krew GLAM. Damainya lokasi ini walaupun hanya 10 minit jauh daripada hiruk pikuk pusat Kuala Lumpur. Ibu kepada dua cahaya mata itu duduk dan menyerahkan muka mulusnya dioles dengan barangan alat solek juga daripada Burberry Beauty. Sambil disolek dia ramah bercerita berkongsi pengalaman kembara Minggu Fesyennya.
Bagaikan satu magis sakti fesyen, Marion membuka cerita tentang ekspedisi fesyennya yang bermula dari kota London atas jemputan eksklusif Burberry Prorsum sendiri. Dia menjadi selebriti pertama Malaysia yang diterbangkan khas untuk melihat acara yang berlangsung di Kensington Garden. “Saya pernah ke pertunjukan Burberry, namun di undang atas tiket pelanggan. Cuma kali ini pengalamannya amat berbeza kerana saya dijemput untuk melewati puluhan lensa kamera yang merakam gambar sebelum masuk ke dalam khemah pertunjukan fesyen itu,” ujar Marion Caunter membuka bicaranya.
[soliloquy id=”40925″]
EKSPEDISI KEMBARA FESYEN Biar pun sebentar saja di London sekadar memenuhi jemputan Christopher Bailey, namun, kenangannya amat manis sekali. Menjadi selebriti pertama dijemput ke pertunjukan fesyen itu memberinya peluang berselisih bahu dengan selebriti antarabangsa yang terkenal. Antara momen indah yang berbekas di hati Marion adalah ketika dia di bawa masuk ke dalam khemah petunjukan fesyen dan diperkenalkan kepada selebriti lain yang turut diundang khas oleh label itu. “Saya cukup meminati penyanyi baru Sam Smith dan kala dipertemukan oleh orang Burberry, hati saya berasa cukup girang. Biarpun dikerumuni media antarabangsa, dia masih tetap menyambut salam tangan saya dan memberi masanya untuk berbual seketika.” Kata Marion lagi, Smith itu merendah diri orangnya dan dia berharap penyanyi yang baru merangkul piala Grammy itu kekal dengan perwatakan sebegitu. Jemputan yang disambut dengan hati terbuka itu menjadi satu momen penting dalam diari fesyen Marion Caunter. “Sebelum ini, saya tidak perlu beratur untuk dirakam gambar oleh pihak media. Kali ini lain pula kisahnya. Saya dilayan bagaikan bintang! Menghiasi barisan hadapan pertunjukan label ikonik ini bersama wajah-wajah antarabangsa yang sering kali kita lihat dalam majalah membuatkan saya tertanya-tanya apa tuahnya saya diberikan layanan sebaik ini.” Wanita berbintang Scorpio ini turut memberitahu yang acara itu cukup gah lebih-lebih lagi ia adalah jenama paling besar dalam rentetan sejarah fesyen di London. Marion yang duduk bersebelahan pelakon Susanne Wuest juga memberitahu ketika menonton pertunjukan yang diserikan oleh kumpulan koir serta penyanyi Claire Maguire mendendangkan lagu Will You Love Me Tomorrow sebagai pembuka acara dia berasa kemegahan kota London itu seolah-olah meresapi ke dalam dirinya. Usai pertunjukan fesyen Marion dijemput untuk bertemu dengan Presiden dan Pengarah Kreatif Burberry Prorsum yakni Christopher Bailey. Ujar Marion, Bailey adalah antara orang fesyen yang punya keperibadian yang menyenangkan. Dia seorang yang merendah diri. “Saya berasa berbangga dapat meluangkan masa seketika dengannya. Ketika diperkenalkan padanya dia tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada saya kerana sudi meluangkan masa menghadiri pertunjukkan fesyennya.” Marion juga memuji koleksi serta pertunjukkan fesyen yang baginya satu produksi yang hebat. Malahan dalam benaknya sudah memasang angan-angan untuk mendapatkan item daripada koleksi musim luruh itu. “Mata saya terpana melihat but yang punyai perincian patchwork! Ia seksi sekali. Mungkin saya juga mahu dapatkan jaket berambu yang sedang hangat trendnya sekarang.” Konsep & Penata Gaya: Cheah Wei Chun Clanhouseonline.com Gambar: Micky Wong Teks & Penyelaras: Aizat Aidid *Dipetik dari GLAM edisi Mei 2015See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
