Update Kisah Penceraian Angelina Jolie & Brad Pitt
Duchess of Sussex, Meghan Markle, Kini Hamil
Dimanakah Kim Kardashian?
Is Kylie Jenner Gonna Be A Billionaire Menjelang 25 Tahun?
‘Kontroversi’ Karl Lagerfeld & Dress Karpet Merah Meryl Streep
Home > Uncategorized > Kenali Puteri Charlotte Casiraghi

Kenali Puteri Charlotte Casiraghi

Charlotte Casiraghi Gambar: TPGVIP

  Dilahirkan dengan nama Charlotte Marie Pomeline Casiraghi tanggal 3 Ogos 1986, Charlotte merupakan anakanda kepada Puteri Caroline dari Hanover. Wajahnya yang jelita menjadikan dirinya diburu media serta lensa kamera sedari usia muda. Bahkan ketika usia 16 tahun, namanya tersenarai sebagai Most Eligible Young Woman.   Kecantikannya yang mempesona adalah hasil darah campuran keturunan Perancis, Itali, Monégasque , Mexico , Amerika, Inggeris, Jerman, Ireland dan Sweden. Ianya juga diwarisi dari nenda tercinta iaitu Grace Kelly, Puteri dari Monaco.  

Charlotte Casiraghi4Gambar: TPGVIP

  Beliau turut aktif dalam sukan ekuestrian dengan menyertai pertandingan show jumping. Ceraian yang disarungkannya sewaktu pertandingan direka khas oleh Gucci dan tidak dijual kepada umum. Selain itu beliau turut menceburkan diri dalam bidang kewartawanan dan merupakan penulis serta pengarang kepada sebuah majalah.  

Charlotte Casiraghi2 Di Festival Filem Cannes 2015.

  Kini beliau mempunyai seorang anak bersama teman lelakinya, Gad Elmaleh yang merupakan seorang pelakon dari Perancis.  Walau jarak perbezaan 16 tahun antara mereka, ianya tidak menghalang cinta untuk terus berputik selepas berjumpa buat pertama kalinya pada lewat tahun 2011.  

Charlotte Casiraghi3Sewaktu menghadiri Minggu Fesyen Milan Spring/Summer 2015.