Dari DKNY Kembali Ke Public School
Penyerang Gigi Hadid Serang Kim Kardashian West Di Paris
Senarai Penuh Pemenang VMA 2016
Karier Jessica Chastain Diabadikan
Katie Cassidy Akhirnya Bertunang!
Home > Uncategorized > Kylie Cosmetics Disaman Kerana Isu Hak Cipta

Kylie Cosmetics Disaman Kerana Isu Hak Cipta

Disebalik kejayaan Kylie Jenner dengan empayar kosmetiknya yang semakin membesar, Kylie Cosmetics telah disaman oleh seorang jurusolek di Los Angeles, Vlada Haggerty kerana pengunaan gambar yang digunakan oleh syarikat Kylie serupa dengan miliknya.

  https://www.instagram.com/p/BNBK41BDyk_/  

Tambahan pula, ini bukan kali pertama Vlada telah menyuarakan kebimbangannya dengan gambar-gambar yang digunakan oleh Kylie Cosmetics untuk tujuan pemasaran.

 

Beberapa bulan yang lalu, jurusolek tersebut pernah membawa isu ini ke Instagram di mana peminat Kylie telah menuduhnya meniru imej yang digunakan Kylie untuk produk gincunya dalam koleksi Kylie’s Holiday. Walhal imej yang digunakan Vlada itu merupakan kerjasamanya bersama jurugambar Julia Kuzmenko McKim di mana Julia sendiri telah menulis di blognya untuk menerangkan isu ini.

 

Pihak Kylie masih belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk menerangkan situasi isu ini.

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid