Loading media...

Unable to load content
5 Sebab Filem K-Pop Demon Hunters Jadi Bualan Ramai
Blue Ivy Carter Menang Anugerah Musik Video Grammy
Dari Vienna Ke Milan, Swarovski – Masters Of Light Kini Dibuka Di Palazzo Citterio
Penampilan Pertama Bennifer 2.0 Di Festival Filem Venice Padat Aksi Romantis
Adele Dedah Impak Perceraian Terhadap Kesihatan Mentalnya
Home > Gaya Hidup > Kenali Young Mazino, Aktor Korea Tampan Dalam Siri Beef

Kenali Young Mazino, Aktor Korea Tampan Dalam Siri Beef

Siri hit terbaharu, Beef berjaya meraih sambutan hangat daripada penonton di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai salah satu drama terbaik Netflix.

Drama komedi 10 episod itu berkisar tentang pergaduhan antara dua individu yang membawa kepada tragedi balas dendam. Karya terbaik daripada pencipta siri itu, Lee Sung-jin dan lakonan mantap Ali Wong (Amy Lau) serta Steven Yeun (Danny Cho) telah menarik perhatian jutaan orang secara global. Malah Beef memperoleh seratus peratus skor penilaian daripada Rotten Tomatoes.

beef

Foto: Netflix

Bagaimanapun terdapat satu kejutan yang mencuri perhatian ramai – Young Mazino. Dia diberi tanggungjawab menggalas watak Paul, adik kepada Steve Yeun dalam siri mini itu.

Siapakah bintang Korea berusia 31 tahun ini dan bagaimana dia mendaki tangga populariti menerusi Beef?

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Cabaran Membesar Di Amerika Syarikat

Young Mazino dilahir serta dibesarkan di Maryland dalam keluarga Korea. Ini menjadikan dirinya generasi pertama Korea-Amerika. Berkongsi kepada Men’s Health, Young Mazino berkata dia tidak mampu menyesuaikan diri dengan mana-mana budaya. Justeru dia perlu mencipta identiti tersendiri. Dia berkata ibu bapanya juga tidak mempunyai masa dan tenaga untuk mengajar budaya Korea secara keseluruhan kepadanya, jadi dia hanya tahu yang asas sahaja.

beef Young Mazino

Foto: Instagram

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse