Pertunjukan pertama yang bermula jam 3 petang menampilkan Meg KL, Maatin Shakir, Hipster by Zery Zamri, Aere, Nasty Inc dan Andy Bandy. Dan seperti yang dijangkakan, Maatin Shakir menyerlah dalam slot ini dengan koleksi berinspirasikan ‘Bohemian Rock’.
Slot seterusnya memaparkan koleksi dari Zero to Ten, Villiam Ooi, Variante, Carven Ong, dan Selena Yeop x Ning Baizura. Setiap pereka dalam slot ini mempunyai kekuatan dalam rekaan masing-masing tetapi Zero to Ten memberi penonton chic quirkiness yang menyegarkan!
Sesi 7 petang pula menyaksikan koleksi quaint dan fresh dari Moto Guo sementara Innai Red memukau orang ramai dengan rekaan bertemakan karnival Rio dan tropical vibe.
Hari pertama KLFW 2016 diakhiri dengan persembahan koleksi dari pereka fesyen India, P.E.L.L.A dan Rizman Ruzaini bertema patriotik dan militari yang anggun dan classy. Semangat kemerdekaan jelas terasa melalui koleksi serba hijau askar ini.
See Also
[soliloquy id=”51024″]
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
