Anak Madonna, Lourdes Leon, Dibuli Kerana Sebab Yang Tidak Munasabah
It’s April tetapi for whatever reasons orang ramai masih lagi menjaga tepi kain orang yang mereka tidak kenali. Kali ini perihal bulu ketiak.

Foto: Elder Ordonez/INFphoto.com
Isnin yang lalu, Lourdes Leon (20), anak perempuan Madonna, dilihat sedang bersantai bersama teman-temannya di sebuah pantai di Miami. Sekeping gambar yang menggambarkan Leon sedang mengangkat sebelah tangannya menunjukkan yang dia tidak mencukur bawah lengannya.
There’s nothing wrong with that to be honest.
Hak untuk bercukur ataupun tidak bergantung kepada Leon sendiri dan dia sahaja. Malangnya, gambar itu mula dikongsikan di Internet dan netizen mula memberi komen-komen yang tiada siapa minta terhadap pilihan Leon itu.
A post shared by Just Jared (@justjared) on
See Also
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kempen Swarovski 360 Darjah
Barisan Pelakon Wanita Terkaya Untuk 2017
LBD Ala Carrie Bradshaw
Britney Spears Membuktikan Dia Boleh Menyanyi Live
Pelakon & Usahawan Ternama Fazura Lancar Album Perdana: FAZURA
GLAM Deko Promosi – Menangi Meja Marmar tajaan Home Vibes Malaysia![]()
Komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen pada pos yang dibuat oleh Just Jared itu termasuklah komen seperti, dia menjijikkan, pengotor, sengaja untuk menolak lelaki dan macam-macam lagi komen yang mengarut.
Mujur ramai yang tampil untuk mempertahankan gadis muda itu. Seperti @mashailfatima.16 membidas komen seorang pengguna lain: “hair is natural. If you can have it at the top of your head then why not the rest of your body.” Manakala @psychoticquinzel pula berkata: “we’re not all like that I think it’s funny how butt hurt you are over hair on a female.”
Standard kecantikan yang melibatkan bulu pada badan jikalau dilihat betul-betul, sering diperkuatkan pada golongan wanita sahaja. Golongan lelaki yang berkongsi gambar menunjukkan ketiak mereka yang licin dipuji pula?
Bak kata Teen Vouge: “It is absolutely nobody’s business what a woman does or doesn’t do with her body.”
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
