Kim, Khloé and Kourtney Kardashian Dibayar Ratusan Ribu Untuk Tajaan instagram
Frasa influencers sudah menjadi frasa yang lazim digunakan antara sesuatu jenama atau pun syarikat yang inginkan khidmat selebriti mahupun mereka yang mempunyai pengaruh besar, terutamanya dalam dunia media sosial.
Baru-baru ini CEO firma pemasaran digital Talent Resources, Michael Heller, telah mendedahkan bayaran yang diterima oleh Kim, Khloé and Kourtney Kardashian untuk satu gambar atau video yang dikongsikan mereka pada akaun Instagram mereka.
Nama, ataupun jenama, Kardashian ini membuatkan eksekutif jenama-jenama ini mengeluarkan wang bernilai enam angka untuk membayar adik-beradik Kardashian ini untuk sokongan (endorsement) mereka.
A post shared by Kim Kardashian West (@kimkardashian) on
Kim yang mempunyai bilangan pengikut seramai 95.3 juta dibayar sekurang-kurangnya $500,000. Manakala Khloé (64.5 juta) dan Kourtney (54.6 juta) pula dibayar sebanyak $250,000 untuk sokongan mereka pada akaun Instagram mereka.
Heller turut menyatakan kebanyakan produk yang mereka tampilkan sekali dalam Instagram mereka akan terjual dengan laris.
See Also
Di Sekitar Majlis Pertunangan Cucu Tun Mahathir, Ally Mukhriz Bersama Pilihan Hati
Paparazzi Pecah Masuk Rumah George dan Amal Clooney Untuk Foto Kembar
Bella Hadid: “I Am Proud To Be Muslim”
Getaway Romantik Selena Gomez dan The Weeknd Di Itali
Kate Middleton Ulangi Sejarah
Cara Putera William dan Putera Harry Mengenang Puteri Diana![]()
A post shared by Kourtney Kardashian (@kourtneykardash) on
Mereka juga akan memastikan produk yang mereka tampilkan merupakan produk-produk yang selari dengan gaya hidup mereka.
“25% daripada pendapatan mereka datang daripada pos-pos yang ditaja ini,” nyata Heller lagi.
Adik-beradik Kardashian juga akan memastikan produk yang ditaja itu diketahui oleh pengikut-pengikut mereka dengan hashtag sepert #ad ataupun #collab.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
