Loading media...

Unable to load content
Neelofa Bakal Menyertai Victoria’s Secret Fashion Show 2017!
David Bowie Meninggal Dunia
Vibe Sci-fi Kempen Kendall Jenner Buat Adidas
Lady Gaga Mahu Menggunakan Nama Sebenarnya Untuk Filem Terbarunya
Ain’t No Party Like A #WANGSQUAD Party!
Home > Uncategorized > Sonny San Meninggal Dunia

Sonny San Meninggal Dunia

https://www.instagram.com/p/BJw0pDCAB_W/?taken-by=sonnysan
 

Malaysia digemparkan dengan kehilangan seorang permata dalam industri fesyen negara iaitu Sonny San. Sonny, 54, meninggal dunia pada pagi 16 Oktober akibat serangan jantung.
 
Pereka fesyen disebalik label ready-to-wear Eclipse ini juga merupakan salah seorang perintis fesyen terawal tanah air yang sangat disegani ramai. Eclipse diasaskan pada tahun 1996 membawa rekaan berciri feminin dan berkonsep relaxed luxury yang turut memasuki pasaran antarabangsa.
 
Edwin Sumun, pelakon dan penghibur Malaysia memberitahu bahawa Sonny merupakan seorang lelaki yang hebat dan teman yang baik.
 
“Sonny sentiasa bersangka baik terhadap orang sekelilingnya dan bersedia untuk memberikan nasihat kepada mereka yang memerlukan. He’s an amazing, crazy, wonderful man,” ujar Edwin.
 
Selain, Edwin, Melinda Looi dan Khoon Hoi juga terkesan dengan permergian yang mengejutkan ini.