Teks : Afiq Khairudin
Gambar : Shutterstock, Anantara Kalutara Resort, Afzan8086
Sri Lanka adalah sebuah negara kepulauan di Asia yang dahulunya dikenali sebagai Ceylon, negara yang beragam dan multikultural, selain ‘rumah’ bagi banyak agama, kelompok etnik, dan bahasa. Nama Sri Lanka itu sendiri berasal dari bahasa Sanskrit yang membawa erti “Daratan yang Bergemerlapan”.
Pengarah Kreatif GLAM Deko, Afiq Khairudin berkelana selama empat hari ke bumi yang terkenal dengan sebagai pengeksport terbesar teh dan kayu manis di dunia.

Slide untuk lihat gambar.
Rusa bebas berkeliaran di perkarangan kawasan lapang safari.
Pemandu pelancong, Mr Rana siap menanti untuk membawa saya ke Galle Fort yang terletak di bahagian Barat Selatan Sri Lanka yang mengambil masa selama 4 jam. Perjalanan ini turut memasuki ke kawasan Galle Fort, iaitu kota lama yang dijajah oleh kerajaan Dutch dan dibaikpulih seni bina lama. Di Galle, saya bermalam di The Bungalow yang baru beroperasi selama setahun. Terbina dari struktur bangunan lama, The Bungalow diubahsuai membentuk ruang penginapan yang sangat cosy dan chic. Suasana malam di Galle Fort sangat dingin disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran kawasan pantai.
Ruang lobi hotel The Banglow, Galle Fort mengangkat seni dekorasi shabby chic.
Arkib GLAM Deko Jun 2018
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
