Related Stories
Home > Gaya Hidup > Lima Deria Menikmati Coklat Läderach
Lima Deria Menikmati Coklat Läderach
By
Maya Kusuma
Maya Kusuma
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full Bio|
Jan 13, 2025
Läderach adalah pengeluar coklat Switzerland yang mengutamakan kesegaran, pertukangan dan kualiti.
Ditubuhkan pada tahun 1962 dan berpusat di Glarus, Switzerland, syarikat milik keluarga ini mempunyai sekitar 2,000 pekerja dari hampir 70 negara. Läderach memantau proses pengeluaran dari biji koko sehingga ke kaunter kedai serta semua produk dihasilkan secara eksklusif dari Switzerland. Elias Läderach selaku generasi ketiga buat jenama coklat ini berkongsi cara terbaik menikmati pemanis mulut ini iaitu melalui penglihatan, bau, pendengaran, sentuhan dan rasa bagi mendapatkan pengalaman yang penuh.
#1- Kongsikan apakah keunikan Läderach yang berbeza berbanding jenama coklat yang lain?
Saya rasa kesegaran adalah perkara yang membezakan kami daripada yang lain. Pertama sekali, kami dapat mengawal seluruh rantaian bekalan bagi memastikan kesegaran coklat kami lebih baik kerana hayat simpanannya lebih pendek, berbanding produk lain. Kedua, kami mempunyai pemikiran yang ingin sentiasa mencabar diri untuk menghasilkan coklat yang lebih segar. Contohnya, konsep “Frischschoggi” atau coklat segar diperkenalkan oleh ayah saya. Idea ini datang dari kaunter keju di Switzerland, di mana pelanggan boleh memilih kepingan besar keju dan meminta mereka dipotong dan dibungkus dengan cantik. Pada masa itu, tiada lagi konsep seperti itu untuk coklat. Banyak kedai menjual coklat dalam bentuk slab yang besar, tetapi kami mahu melakukan sesuatu yang berbeza untuk menjual produk kami.
#2- Sebagai pemenang World Chocolate Master pada 2018, ceritakan pengalaman dan perasaan anda?
Dari dulu lagi, saya ada impian untuk menyertai pertandingan ini. Saya sedar jika ingin menyertai pertandingan terbesar dalam industri ini, saya perlu melakukannya sekarang, kerana jika tidak, saya akan sibuk terlibat dengan syarikat dan tidak ada masa. Jadi, pada tahun 2016, saya mula membuat persiapan dan pada tahun 2017, saya menyertai Swiss pre-selection, kerana anda perlu menang di peringkat ini untuk layak ke peringkat akhir di Paris pada tahun 2018. Perjalanan ini sangat menarik dengan banyak suka dan duka. Ketika saya menjadi juara, ia adalah satu pengalaman yang luar biasa. Pertandingan berlangsung selama tiga hari, di mana saya perlu menyelesaikan tujuh tugasan, dari coklat bonbon hingga kek dan karya seni yang berasaskan coklat. Pada awalnya, saya tidak menyangka akan menang namun, dengan fokus dan usaha, saya akhirnya berjaya. Saya sangat gembira dengan pencapaian ini.
#3- Karya seni coklat yang manakah paling sukar dihasilkan?
Saya rasa yang paling sukar adalah semasa pertandingan tersebut. Karya seni yang saya buat setinggi satu setengah meter. Tema keseluruhan pertandingan adalah “futropolis”, yang menggambarkan dunia masa depan dan metropolis. Ia tentang potensi konflik antara alam dan manusia, serta bagaimana kita boleh hidup bersama. Itu adalah interpretasi saya terhadap tema tersebut.
#4- Dengan perubahan terhadap kesedaran kesihatan dan penghasilan makanan yang beretika, bagaimana Läderach mengadaptasi dengan trend ini sementara mengekalkan reputasi sebagai pengeluar coklat yang berkualiti tinggi?
Di Eropah dan juga di Amerika Syarikat, orang ramai cenderung makan coklat lebih sedikit kerana faktor kesihatan. Namun, apabila mereka ingin makan coklat, mereka mahukan coklat yang berkualiti tinggi termasuk memikirkan tentang pengeluar koko. Bagi kami, penting untuk memastikan setiap bag koko yang kami terima adalah 100% boleh dikesan. Ini bermakna kami tahu dari mana setiap biji koko itu datang, termasuk dari petani tertentu.
#5- Bagi penggemar coklat yang ingin menikmati Ladërach, berikan rekomendasi yang terbaik untuk mereka cuba buat pertama kali?
Saya akan mencadangkan satu coklat untuk dicuba iaitu milk chocolate with the caramelized hazelnut. Ini adalah produk terlaris kami di seluruh dunia. Ia adalah kombinasi antara hazelnut Piedmont dari Itali dan coklat susu kami yang berkrim. Apa yang saya suka adalah teksturnya, rasa karamel dan kacang memberi kepingan yang rangup apabila anda menggigitnya dan rasa coklat penuh berkrim. Dalam pada itu, ambil masa untuk merasai coklat itu dengan semua lima deria anda.
Artikel Berkaitan: Simfoni Emas Ferrero Rocher: Hadiah Buat Insan Tersayang
Sejenak Bersama Elias Läderach, Ketua Pegawai Kreatif Läderach

FrischSchoggi Dubai
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026