Chrissy Teigen “Mengaku” Menjalani Pembedahan Plastik
David Beckham Dikecam Kerana Mencium Anak Sendiri
Intai Koleksi Kenzo x H&M Akan Datang
Miranda Kerr Kahwini CEO Snapchat Evan Spiegel
Hasil Kemeja “We Should All Be Feminists” Akan Didermakan Kepada Yayasan Rihanna
Home > Uncategorized > Marc Jacobs Dihentam Kerana Gaya Rambut Dreadlocks di Minggu Fesyen New York

Marc Jacobs Dihentam Kerana Gaya Rambut Dreadlocks di Minggu Fesyen New York

Oleh: Nur Sofea   Gambar: TPGimages dan Instagram   t73199374_max   Kontroversi yang melanda pereka fesyen terkenal Marc Jacobs kini bagaikan sudah ada penamatnya. Sebelum ini pereka fesyen berusia 53 tahun itu, dikecam di laman sosial media kerana isu “cultural appropriation” kerana menggunakan gaya dreadlock pada model berkulit putih termasuklah pada Kendall Jenner dan Gigi Hadid.   Hal ini menaikkan kemarahan orang ramai kerana gaya dreadlock merupakan budaya orang berkulit gelap. Ramai beranggapan bahawa Jacobs tidak sepatutnya mengenakan gaya rambut itu pada model berkulit putih.   https://www.instagram.com/p/BKZjP4hg1nP/?taken-by=radical.lizeth&hl=en   Berikutan dengan isu itu, Marc Jacobs cuba untuk mempertahankan dirinya di laman sosial media namun hal itu telah memburukkan lagi isu itu apabila kenyataan Jacobs tidak dapat diterima oleh orang ramai dan mereka telah membalas kenyataan Jacobs di Twitter.   Kini, Jacobs mengeluarkan kenyataan maaf atas kesilapannya d laman sosial media di Instagram.   https://www.instagram.com/p/BKgYwsuBHWE/?taken-by=themarcjacobs&hl=en