Loading media...

Unable to load content
Jennifer Aniston Dedah Status Perhubungan Terkini Dengan Brad Pitt
Sisi Prihatin Datuk Seri Siti Nurhaliza
Konservatori 13 Tahun Britney Spears Didalangi Oleh Ibu Sendiri
Amanda Nell Eu Terima Anugerah Women In Motion Emerging Talent 2024
Datin X: Datin Komplot Pisahkan Anak Dengan Ibu
Home > Gaya Hidup > Mengapa Drew Barrymore Tidak Lagi Muncul Di Layar Perak?

Mengapa Drew Barrymore Tidak Lagi Muncul Di Layar Perak?

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ketika membuat penampilan istimewa menerusi rancangan Andy Cohen Live beberapa hari lalu, Drew Barrymore mendedahkan mengapa dia membuat keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan.

Sewaktu temu bual, Cohen bertanya kepada Barrymore sama ada dia mempunyai rancangan untuk berlakon dalam lebih banyak filem.

Tanpa menunggu lama, pelakon berusia 46 tahun ini memberi respon. “Sejujurnya, jawapannya adalah tidak. Saya tidak mahu berada di set penggambaran filem sekarang ini.”

Dia menambah, “Saya berhenti berlakon sejak anak-anak saya dilahirkan. Dan saya tidak berfikir banyak kali untuk berehat daripada bidang lakonan kerana saya mahu sentiasa ada di samping anak-anak dan membesarkan mereka dengan kudrat sendiri.

“Saya tidak mahu berada di set penggambaran dan bertanya kepada pengasuh bagaimana keadaan anak-anak. Itu bukan perjalanan hidup saya sebagai ibu,” jelasnya.

Drew Barrymore's Kids: Meet Daughters Olive and Frankie
Foto: Shutterstock

Tambah Barrymore, keadaan menjadi kurang menakutkan apabila dia melangkah keluar dari bidang lakonan. Malah dia kini berkesempatan melancarkan jenama sendiri dan menjadi pengarang buku.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse