After Party Louis Vuitton Cruise 2017
Blake Lively Baru Belajar Untuk Menerima Rupa Tubuhnya
Tyra Banks Kembali Kepada ANTM & Tiada Lagi Had Umur
Behati Prinsloo dan Adam Levine Kongsi Gambar Anak Sulung
Oscar de la Renta disaman Carolina Herrera
Home > Uncategorized > Mengingati Michael Jackson: Trivia Menarik Raja Pop

Mengingati Michael Jackson: Trivia Menarik Raja Pop

Oleh: Nur Sofea  
Michael

Gambar: fanpop.com

  Tanggal 29 Ogos 1958 merupakan hari lahir Michael Jackson. Isnin lalu merupakan hari lahirnya yang ke-57.   Dunia kehilangan seorang ikon seni apabila Jackson meninggal dunia pada 25 Jun 2009, namun begitu legasi beliau masih berterusan melalui muzik dan liga peminatnya.   GLAM meraikan hari istimewa Raja Pop dengan menyenaraikan trivia menarik mengenai Michael Jackson dan senarai lagu-lagu ikonik Michael Jackson.   Penggemar Binatang Haiwan perliharaan memainkan peranan penting dalam sebahagian dari hidup Michael Jackson. Raja pop ini memiliki tikus, ular, burung, llamas, harimau, anjing dan kucing sebagai haiwan perliharaannya, namun haiwan perliharaan yang paling disayangi ialah Bubble-seekor chimpanzee.   Bersifat Rendah Diri Walaupun dia dikelilingi dengan kemasyhuran, kejayaan, skandal dan kontroversi, Jackson adalah seorang yang sangat merendah diri. Dia sering menjadi inspirasi sepanjang hidupnya termasuk petikan darinya yang agak terkenal,
“I’m just like anyone. I cut and I bleed and I embarrass easily”
  Artis yang paling banyak memenangi anurgerah Michael Jackson adalah artis yang paling banyak memenangi anugerah. Dia berjaya meraih 23 Guinness World Records, 40 Billboard Awards, 13 Grammys dan 26 American Music Awards.   Vegetarian Michael Jackson mempunyai diet yang agak menarik. Malah chef peribadinya, Mani Naill turut mendedahkan pada People magazine bahawa Jackson sekali- sekala tidak akan makan selama berjam-jam dan dia sangat cerewet dengan makanannya. Menurut Naill lagi, Jackson mempunyai diet yang agak terhad dan turut menyatakan bahawa bintang pop itu merupakan seorang vegetarian yang tidak sukakan sayur. Dia juga mempunyai sweeth tooth namun begitu dia tidak gemarkan gula dan coklat.   Muziknya sering berkait rapat dengan usaha-usaha kemanusiaannya. Selain dari terkenal dengan muzik electrifying, dia juga terkenal dengan sumbangan kepada masyarakat melalui seni muziknya. Pada tahun 1985, Jackson mencipta sejarah apabila dia berkolaborasi dengan 45 artis untuk sesi rakaman sepanjang malam yang membawa kepada ciptaan lagu “We Are The World”. Lagu itu berjaya meraih lebih daripada 63 juta dollar dan semua hasil itu digunakan untuk membantu manga kebuluran di Afrika.   Senarai Lagu Ikonik Michael Jackson Pilihan GLAM   Thriller   Smooth Criminal   Billy Jean   You are not alone   We Are The World https://www.youtube.com/watch?v=vXwcacayJzA   Black and White   Earth Song   Bad   Beat it   You rock my world