Related Stories
Home > Gaya Hidup > Michelle Yeoh Berkongsi Momen Romantis Sebagai Pengantin Baru
Michelle Yeoh Berkongsi Momen Romantis Sebagai Pengantin Baru
Selepas 19 tahun perkenalan dan 6992 hari bergelar tunangan, Tan Sri Michelle Yeoh dan Jean Todt akhirnya disatukan sebagai suami isteri.
Penantian hampir 20 tahun itu diraikan dalam satu majlis perkahwinan intim di Geneva, Switzerland. Khabar gembira itu dikongsikan kepada umum buat kali pertama oleh bekas pelumba kereta Formula 1, Felipe Massa. Dia berkongsi beberapa foto perkahwinan berserta kapsyen ringkas, “Happy marriage Jean Todt & Michelle Yeoh. Love you so much.”
Selain foto majlis, dia turut memuat naik kad jemputan yang mendedahkan detik perkenalan aktres dan tokoh perlumbaan permotoran itu. Tertulis pada kad, “Kami bertemu di Shanghai pada 4 Jun 2004. Pada 26 Julai 2004, J.T melamar M.Y dan dia bersetuju. Hari ini selepas 6992 hari pada 27 Julai 2023 di Geneva, dikelilingi ahli keluarga dan rakan tersayang, kami teruja untuk meraikan detik istimewa ini bersama.”
Selepas berita itu tular, Jean Todt memberi pengesahan menerusi satu ciapan di Twitter. “Memandangkan seorang lagi ‘anak’ saya @MassaFelipe19 telah diam-diam menyebarkan berita baik ini, saya dengan gembiranya mengesahkan perkahwinan dengan cinta hati saya, Michelle Yeoh.”
NYFW : Neelofa Sudah Bertaraf Hollywood, Bertentang Mata Dengan Michael Kors Pula!
Eyka Farhana Memilih Akhyar Rashid, Ikat Tali Pertunangan Ogos Lalu
Club Med Meraikan Ulang Tahun Ke-75 Di Lijiang
Selena Gomez Akhirnya Temui Cinta Sejati
5 Filem Terbaik Chloe Grace Moretz Patut Tonton
Blu Inc Media Bersama Samsung Merai Hari Wanita Sedunia
Foto: Getty Images
Baca: Michelle Yeoh Bakal Dikurnia Bintang Hollywood Walk Of Fame

Foto: Instagram
Detik Bahagia Michelle Yeoh & Jean Todt
Aktres berusia 61 tahun itu turut berkongsi momen ratu seharinya di Instagram buat tatapan 2.4 juta pengikutnya. Antaranya adalah foto dia menyarung cincin pada jari Jean Todt serta momen romantis mereka di atas katil sebagai pasangan suami isteri yang sah. Terdapat juga foto poster filem James Bond lakonannya, Tomorrow Never Dies yang telah disunting dan dibingkai. Selain tajuknya yang ditukar menjadi ‘Love Never Dies’, wajah pelakon utama, Pierce Brosnan turut disunting kepada wajah Jean Todt. Menurut pasangan itu, ia merupakan ‘hadiah perkahwinan menyentuh hati’ daripada rakan baik mereka, Barbara Broccoli. https://www.instagram.com/p/CvRoeeBoJVp/?img_index=1 Ibu Michelle Yeoh, Janet yang mengakui tidak dimaklumkan mengenai perkahwinan itu berharap mereka dapat pulang dan mengadakan majlis resepsi di Malaysia. “Anak saya sentiasa menghubungi saya tetapi dia tidak beritahu pun (berkenaan perkahwinan) ketika kami bercakap dua minggu lalu. Mungkin dia sengaja nak beri kejutan.“Todt sudah banyak kali melamar dan dia hanya ketawa serta berkata seronok setiap kali dilamar. Todt memang terlalu cintakan Michelle,” katanya.Ini bukanlah perkahwinan pertama buat pasangan pengantin baru itu. Michelle pernah bergelar isteri kepada usahawan tersohor Hong Kong, Dickson Poon dari tahun 1988 hingga 1992. Jean Todt juga pernah berkahwin namun tiada maklumat lanjut mengenai bekas isterinya. Hasil perkahwinan, dia dikurniakan seorang anak lelaki bernama Nicolas Todt yang kini berusia 46 tahun.

Foto: Instagram
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
