Loading media...

Unable to load content
Butik Konsep Baru TOD’S Dirasmikan Oleh DYMM Sultanah Hajjah Kalsom
40 Fashion A-List GLAM
Bella Hadid Enggan Menjadi Hamba Kepada Media Sosial
Datuk Rossa Obses Membeli Rumah
Penyanyi Duffy Dedah Pernah Dirogol, Diculik
Home > Personaliti > Most GLAM 2017: Nikky Azura

Most GLAM 2017: Nikky Azura

Bertubuh langsing, rapi dari hujung rambut ke hujung kaki menjadikan Nikky Azura, Pengasas Bersama Nailsmith Spa & Bar sebagai an example of a living doll. Dikurniakan lima zuriat dan suami sporting yang memahami tuntutan kerjayanya membuatkan tuah Nikky berganda. Nikky akui perniagaan yang dijalankan bersama temannya Jane, dilihamkan untuk memenuhi demand wanita masa kini yang memerlukan salun kecantikan multi fungsi.

 

“Hari ini, Nailsmith Spa & Bar adalah yang pertama seumpamanya di negara ini dirujuk sebagai ‘manicurecafé’ yang menggunakan produk organik dan halal. Malah, kami juga menawarkan lokasi untuk mengadakan majlis keraian. Dan setelah tiga tahun beroperasi, saya gembira kerana ia mendapat sambutan daripada pelanggan. Walaupun boleh dikatakan ia kini ditabdir secara auto pilot, saya tetap akan turun padang untuk memastikan urusniaga berjalan dengan lancar dan sempurna.”