Home > Gaya Hidup > Natasha Hudson Bakal Timang Anak Keempat
Natasha Hudson Bakal Timang Anak Keempat
Selepas lebih setahun kembali bergelar isteri, Natasha Hudson mendedahkan dia kini sedang berbadan dua.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Natasha memaklumkan kandungannya kini sudah memasuki trimester kedua. Walaupun hampir sarat, aktres Chermin itu mengakui dia masih aktif melakukan sukan luncur air.
“Jika ada yang tertanya-tanya saya kembali surfing ketika trimester kedua ini, saya sebenarnya tidak terfikir boleh jadi sekuat ini.
Menjadi kuat adalah keperluan untuk semua ibu mengandung. Sebenarnya agak sukar untuk melakukannya dengan keadaan perut sebegini. Namun, saya mampu lakukannya dengan mudah.”
Bintang berusia 41 tahun ini berkata, ia tidak sukar buatnya kerana tahu teknik yang betul untuk wanita hamil. Malah katanya dia akan kekal aktif sama seperti kehamilan sebelum ini.
“Sukan lasak sangat baik dan memberikan ketenangan. Saya sangat aktif sewaktu hamil tiga anak yang lain dan akan terus aktif untuk kehamilan kali ini sehingga bersalin,” tambahnya. Natasha dan suaminya, Muhamad Harits Jasmin kini menetap di Langkawi.
Penantian Neelofa Bakal Berakhir
Ukiran Mesej Istimewa Pada Cincin Pertunangan Jennifer Lopez
5 Bintang Hollywood Yang Digelar ‘Perigi Cari Timba’
Gelombang Influenza 2025: Ini Simptom & Cara Lindungi Diri Sebelum Terlambat
David Beckham Bakal Tampil Dalam Dokumentari Netflix Bernilai RM89 Juta
Kate Middleton Telah Selesai Rawatan Kemoterapi
Natasha dan Harits disatukan sebagai suami isteri pada 28 Mac 2022 dalam satu majlis sederhana di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor. Hasil perkahwinan terdahulu, Natasha dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Neesa Helen, Naeema Kalila dan Faatimah.
Foto: Kosmo
Baca: Gaun Putih Natasha Hudson Cetus Kontroversi, Rizman Buka Mulut

Foto: CARI
Natasha Hudson Impi Hamil Lagi
Dalam satu temu bual pada awal tahun, pemilik nama Natasha Liana Hudson ini berkata dia memasang impian untuk memiliki cahaya mata daripada perkahwinan kelima ini. Bagaimanapun akuinya, dia dan suami mahu menstabilkan kewangan terlebih dahulu.“Kami ada berbincang dan saya selalu usik suami, tetapi kami tidak merancang. Kami tidak mahu pada awal perkahwinan sebab fokus kepada kestabilan keluarga, maknanya sumber pendapatan kena stabil dahulu.“Jadi saya beritahu suami, mungkin pada tahun kedua. Tetapi tidak boleh terlalu lambat sebab usia semakin bertambah. Macam suami, dia tak kisah. Jika tiada pun tidak mengapa. Namun jika ada sudah tentu kami bersyukur,” katanya, menurut Berita Harian.

Foto: Facebook
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
