Penyatuan Nick Jonas & Priyanka Chopra Sebagai Suami Isteri Disambut Meriah
Lazim dengan istiadat perkahwinan di India, upacara meraikan penyatuan Priyanka Chopra dan Nick Jonas sebagai suami isteri telah disambut dengan penuh kemeriahan. Memakan masa beberapa hari, perkahwinan dua selebriti ini layak merangkul gelaran wedding of the year.

The real party dalam mana-mana upacara pra-perkahwinan Hindu adalah upacara sangeet yang dinanti-nantikan. Upacara sangeet pula melibatkan persembahan megah daripada kedua-dua belah pihak untuk meraikan penyatuan keluarga mereka. Keluarga Chopra dan Jonas tampil dengan persembahan unik masing-masing untuk menyampaikan kisah mereka. Chopra sendiri merasa teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh kedua-dua keluarga melalui persembahan mereka.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
