Dari mana datangnya penyanyi Billie Eilish ini? Popularitinya mendadak tidak sampai setahun lebih, dan pelantun lagu Bad Guy sudah berjaya mencapai kejayaan yang sangat mengagumkan, ditambah pula dengan kemenangannya ketika anugerah Grammys ke-62 sebentar tadi, di nama Billie menyapu habis hampir keseluruhan anugerah yang tercalon (five awards to be exact!), sekali gus mencipta rekod baru.

Foto: REUTERS
Jika sebelum ini rekod artis termuda memenangi Album Terbaik dimenangi Taylor Swift pada usia 20 tahun menerusi album Fearless, dan kali ini rekod itu sendiri dipecah oleh Billie menerusi album When We All Fall Asleep Where Do Go?, pada usia 18 tahun!

Bintang sensasi ini turut merangkul empat trofi lain daripada enam pencalonan yang diterima termasuk Rekod Terbaik, Lagu Terbaik, Artis Baharu Terbaik dan Album Pop Vokal Terbaik. Ketika berucap sebaik menerima trofi Rekod Terbaik, Eilish yang terkenal dengan gaya esentrik itu berkata, kejayaannya itu bagaikan sebuah mimpi. “Tidak pernah saya bayang perkara ini akan berlaku dalam hidup saya. Ketika mula-mula terjun dalam bidang ini, saya buat untuk suka-suka dan tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang serius.”
Oleh itu, GLAM sempat menyelidik dan ini dia enam fakta tentang Billie Eilish yang mungkin anda tidak tahu.
1. Nama penuhnya adalah Billie Eilish Pirate Baird O’Connell dan lahir pada 18 Desember 2001.

2. Tahukah anda, Billie Eilish mula menulis dan mengarang lagu ketika usianya 11 tahun lagi.

3. Berdarah seni. Billie mempunyai abang, iaitu seorang ahli muzik yang terkenal menerusi watak Alastair dalam drama Glee. Billie menulis sebahagian besar lagu dengan abangnya, kemudian dikeluarkan oleh Finneas.

Mandatory Credit: Photo by Variety/Shutterstock
4. Lagu pertama Billie rupa-rupanya dilancarkan secara tidak sengaja. Finneas mencipta lagu Ocean Eyes untuk Billie dan memuat naik lagu tersebut di SoundCloud tanpa sebarang jangkaan. Lagu tersebut kemudiannya mendapat Platinum di pelbagai carta-carta muzik negara.
5. Billie Eilish terinspirasi daripada ramai artis-artis hebat antaranya Tyler, the Creator, Earl Sweatshirt, Drake dan Big Sean.

6. Billie pernah melibatkan diri dalam Los Angeles Children’s Chorus.

Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
