Related Stories
Dendam Bintang Star Wars Carrie Fisher Apabila Temannya Diganggu Secara Seksual
Pelakon veteran dan berstatus lagenda Carrie Fisher sudah meninggalkan kita semua hampir setahun sudah, namun memori dan legasinya akan sentiasa diingati. Menjadi idola ramai perihal isu feminisme dan kesihatan mental, Carrie juga ibarat adiwira kebal yang tidak gentar mempertahankan mereka yang penting baginya.

Foto Armando Gallo/Arga Images via ZUMA Wire
Sebuah kisah baru daripada temannya sendiri baru sahaja dikongsikan baru-baru ini melalui satu temubual tentang tindakan yang diambil oleh Carrie sendiri apabila temannya itu menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang penerbit besar di Hollywood, bintang Star Wars itu enggan berdiam diri.
Menurut Page Six, Heather Ross, teman yang diperkatakan itu, telah berkongsi kisah berani Carrie ini apabila ditemubual oleh sebuah stesen radio.
“Carrie menghantar mesej kepada saya atas talian dan dia berkata, ‘Saya baru sahaja nampak si polan di studio Sony,'” ujar Heather sebelum dia menerangkan secara terperinci apa yang dikatakan oleh Carrie seterusnya.
“Saya tahu [penerbit tersebut] akan berada di situ, jadi saya pergi ke pejabatnya dan menghantar kotak Tiffany dengan riben putih. Saya menghadiahkannya lidah lembu daripada Jerry’s Famous Deli dengan nota yang mengatakan, ‘Jika anda menyentuh teman kesayangan saya Heather atau mana-mana wanita lagi, penghantaran seterusnya akan mengandungi sesuatu milik anda dalam sebuah kotak yang lebih kecil.
Heather mengakhiri kisah tersebut dengan, “Jika anda tidak tahu bagaimana rupa lidah lembu, Google sahaja.”
Dengan bangkitnya kejadian gangguan seksual baru-baru ini yang melibatkan lebih daripada 30 orang wanita di Hollywood, termasuklah beberapa pelakon berstatus tinggi, apakah reaksi Carrie jika dia masih hidup?
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
