Related Stories
YM Che Puan Khaleeda & 7 Personaliti Bakal Bersalin Tahun 2026
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioTahun 2026 dijangka menjadi detik penuh makna buat beberapa personaliti terkenal yang bakal menyambut kehadiran cahaya mata baharu.
Daripada kerabat diraja hingga selebriti dan personaliti popular, fasa kehamilan ini bukan sekadar tentang penambahan ahli keluarga, tetapi juga permulaan babak baharu dalam kehidupan peribadi masing-masing. Berikut ialah senarai personaliti yang kini sedang hamil dan menantikan kelahiran bayi mereka.
1. Yang Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Yang Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, isteri kepada DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, kini dilaporkan sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata kelima. Sebagai figura diraja yang sering mencuri perhatian dengan gaya hidup aktif serta keanggunannya, fasa kehamilan ini menambah lagi seri seorang ibu kepada keluarga diraja Johor yang sentiasa menjadi perhatian rakyat.
2. Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah
Dari Brunei Darussalam, Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah, isteri kepada DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen, kini menantikan kelahiran anak sulung mereka. Selepas perkahwinan diraja yang menjadi tumpuan dunia, kehamilan ini menandakan satu lagi fasa baharu dalam kehidupan pasangan diraja muda ini, yang sering tampil sederhana namun elegan dalam setiap penampilan.
3. Alyssa Daguisé
Dalam kalangan selebriti dari Indonesia, Alyssa Daguisé, isteri kepada Al Ghazali, kini disahkan hamil anak pertama dan dikhabarkan bakal menimang bayi perempuan. Perkongsian momen kehamilan Alyssa turut mendapat perhatian peminat, yang mengikuti perjalanan baharu pasangan ini sebagai suami isteri dan bakal ibu bapa.
4. Siti Saleha
Pelakon versatil Siti Saleha pula kini melalui pengalaman kehamilan anak pertama, hasil perkahwinannya bersama Joshua Fitton. Kehamilan ini dilihat sebagai satu detik istimewa buat Saleha, yang selama ini dikenali dengan dedikasinya terhadap kerjaya seni dan kini melangkah ke fasa kehidupan berkeluarga.
5. Tyra Kamaruzzaman
View this post on Instagram
Sorotan LainScha Alyahya, Daripada Bintang Filem ke Bintang Fesyen
Demi Lovato Dan Jordan “Jutes” Lutes Kini Sah Bergelar Suami Isteri
Puteri Diraja British Kate Middleton Disahkan Menghidap Kanser
Kate Spade New York Meraikan Pencapaian Wanita Malaysia
Janji Temu Romantis Kylie Jenner Dan Timothée Chalamet Di Kota Paris
Taylor Swift Dan Travis Kelce Bakal Berkahwin Julai Ini!![]()
Personaliti media sosial dan pencipta kandungan, Tyra Kamaruzzaman, juga sedang hamil anak kedua bersama suaminya, Emran Rijal. Kehadiran bakal cahaya mata ini melengkapkan lagi perjalanan Tyra sebagai seorang ibu, yang sering berkongsi sisi keibuan dan kehidupan bekeluarga meskipun sibuk menguruskan perniagaan kecantikannya.
6. Ayda Jebat
Bagi penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, kehamilan terbaharunya menandakan penantian anak ketiga bersama suami tercinta, Nabil Mahir. Dikenali dengan personaliti ceria serta pendekatan keibuan yang santai, Ayda turut berkongsi bahawa bayi yang ditunggu-tunggu ini merupakan anak perempuan, sekali gus melengkapkan lagi keluarga kecil mereka.
7. Bella Hanna
Sementara itu, pengacara dan pelakon, Bella Hana kini sedang menantikan anak pertama bersama suaminya yang juga seorang pelakon, Redza Rosli, menandakan permulaan baharu dalam kehidupan perkahwinan mereka. Kehamilan ini disambut dengan penuh kesyukuran, apatah lagi selepas melalui fasa penyesuaian sebagai pasangan suami isteri.
8. Indah Ruhaila
Paling menyentuh hati, penyanyi Indah Ruhaila akhirnya mengumumkan kehamilan anak pertama selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ahmad Shariff Ahmad Taufiq. Penantian panjang ini menjadikan kehamilan tersebut sebagai satu anugerah yang amat bermakna, bukan sahaja buat Indah dan suami, tetapi juga para peminat yang turut menumpang bahagia.
Artikel Berkaitan: Ini Bahan Selamat Dalam Skincare Yang Ibu Hamil Wajib Tahu
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
