GLAM #GirlSquad: Bahiah Zulkifli, Aina Syahirah & Julie Anne

bahniah aina julie

BAHIAH ZULKIFLI

Merupakan teman rapat Aina dan Julie sewaktu sekolah menengah hampir 11 tahun lalu. “I’m a big family person dan bekerja sebagai arkitek,” Bahiah tampil mengenalkan diri. “Bercerita mengenai persahabatan kami, tiada perkataan yang boleh menggambarkannya. Kami akrab seperti darah daging sendiri. I would say I’m definitely a culture traveler and tourist. Bukankah budaya itu sendiri mengenalkan kita kepada dunia? Merancang percutian penting bagi saya. Saya gemar melewati muzium dan makanan merupakan agenda utama kala berlibur. Although most of the time, things never go as planned and that’s fine because that’s when you discover the most amazing things.”

 

Memilih London dan Jepun sebagai destinasi membeli-belah, Bahiah menitik beratkan gaya dan keselesaan kala bercuti ke luar negara. “Ya, selesa itu penting, namun itu bukan alasan untuk tidak bergaya. Keduanya harus dipadukan bersama. Tip mengemas beg untuk bercuti, I don’t have one! I tend to pack everything!” Terangnya sambil ketawa. “Kunjungan ke Jepun baru-baru ini adalah salah satu kegemaran saya. Tips would be research, walk and wander! The craziest thing I did was aimlessly wandering and I got so lost. Sesuai dengan bait-bait kata liburan yang menjadi pilihan, We travel not to escape life, but for life to escape us. Maka, jangan takut untuk sesat kerana dari situ kita lebih mengenali warga setempatnya.”

 

AINA SYAHIRAH

Merencana masa depan dalam bidang perhubungan awam, gadis jelita ini maju selangkah ke hadapan dengan berjinak-jinak dalam dunia perusahaan fesyen. “Berkhidmat sebagai PR, ia mencabar saya setiap hari untuk membaca dengan banyak, mengetahui dan membuat sesuatu perkara dengan lebih lanjut. And I have always been the type who’d like to do it all, and all at once.”

 

Aina menyifatkan setiap percutiannya harus bergaya juga selesa. Katanya “Kita tidak perlu berkompromi antara gaya dan keselesaan. Kita boleh menyarungkan sesuatu yang selesa dan masa sama tetap bergaya. Dahulu saya merancang setiap pakaian saya kala bercuti. Namun, pengalaman mengajar yang mana saya tidak akan pakai semuanya mengikut perangcangan terus pulang ke tanah air dengan bagasi yang terlebih muatan. So now what I do is I pack staple pieces with some basics and some statement pieces,” ujar Aina kala memberi tip packing semasa bercuti.

 

Tatkala bercuti gadis muda ini punya sifat ingin tahu juga agak lasak rencana percutiannya. “Saya rasa saya seorang curious traveler! I want to do and see everything and anything the destination has to offer. Teringat saat melompat dari menara tertinggi di Sky Jump Vegas! Sungguh menyeronokkan, tetapi sehingga ke hari ini keluarga fikir I’m nuts for doing it. Memori percutian saya unik belaka serta sarat dengan penceritaan tersendiri. Biarpun lawatan bekerja. I’m proud to say I rubbed shoulders with Victoria Beckham, Mira duma and Diane Von Furstenberg. Starstruck and of course overjoyed.

 

JULIE ANNE KANG

Gadis ini adalah usahawan muda yang sukakan peruncitan fesyen bersama rakan seperniagaan, Aina Syahirah di dalam merencana label kasut untuk wanita bernama Kulet. Bicara soal percutian idaman, Julie mahu melihat cahaya utara Aurora yang menakjubkan di langit pergunungan Sweden atau Norway. Juga berkunjung ke air terjun Iguassu di Buenos Aires. “Jika saya boleh memilih antara liburan dan pengembaraan, sudah tentu saya memilih pengembaraan. I don’t enjoy doing touristy things because I feel like its such a calculated experience of a place thats just meant to make you spend unnecessarily.”

 

“Saya lebih suka memadukan senario tempatan yang mana saya akan memilih untuk menginap di kawasan kejiranan yang tidak punya ramai pelancong. Saya akan makan di mana penduduk setempat makan. I remembered riding a motorbike for almost 80 km in Krabi dressed only in my swimwear and flip flops on the dustiest highway to go cave kayaking,”

 

“Mengemas bagasi dengan membahagikannya dalam kantung yang berbeza saiz adalah penyelesaian yang terbaik. Saya mengemas top, celana dan outerwear juga loungewear secara berasingan di dalam kantung daripada Muji. Menyimpan kelengkapan secara teratur membolehkan pemeriksaan keselamatan dengan cepat dan mudah,” Terang Julie mengenai caranya mengemas bagasi.

POST A COMMENT