“We Are Completely Devastated” – Vanessa Bryant Akhirnya Bersuara
Dunia masih lagi berkabung dengan berita duka berikutan kematian pemain lagenda bola keranjang Amerika Syarikat dan bekas bintang NBA All-Star, Kobe Bryant maut dalam nahas helikopter pada usia 41 tahun bersama anaknya, Gianna, 13 tahun. Pemergian tragis itu sudah tentu memberikan impak paling besar terutama sekali buat keluarganya.
Selepas empat hari insiden menyayat hati itu berlalu, isteri kepada Kobe Bryant, iaitu Vanessa Bryant akhirnya bersuara. Menerusi hantaran terbaru di laman Instagram, Vanessa mengulas bahawa berita kematian kedua insan tersayang ini nyata mengecewakan, namun dirinya harus kuat untuk anak-anaknya, dan Vanessa berterima kasih buat semua yang membantunya pada saat paling sukar ini.
https://www.instagram.com/p/B77K8XWDY7O/
Sedikit info mengenai perhubungan mereka, Vanessa dan Kobe mula berpacaran ketika musim panas 1999 dan berkahwin pada tahun 2001. Ketika itu, Vanessa berumur 18 tahun dan masih bersekolah. Perhubungan mereka juga ada suka dan suramnya, apabila Vanessa pernah mengfailkan penceraian pada Disember 2011 selepas 10 tahun bersama, namun menarik balik keputusannya dan memberikan Kobe peluang kedua. Mereka kembali bersama pada 2013.

Hasil perkongsian hidup, Kobe dan Vanessa dianugerahkan empat orang anak perempuan iaitu Gianna Maria-Onore Bryant, Natalia Diamante Bryant, Bianka Bella Bryant, Capri Kobe Bryant.

Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
