Home > Gaya Hidup > Power Couple Hollywood, Joe Manganiello & Sofia Vergara Umum Perceraian
Power Couple Hollywood, Joe Manganiello & Sofia Vergara Umum Perceraian
Industri Hollywood dikejutkan dengan berita perceraian salah satu pasangan selebriti paling romantis, Joe Manganiello dan Sofia Vergara.
Pasangan itu membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Kali terakhir mereka dirakam bersama adalah pada bulan lalu di Hoboken, New Jersey. Ketika itu Sofia menziarahi Joe di lokasi penggambaran filem terbaru suaminya bersama Vince Vaughn bertajuk Nonnas.
https://www.instagram.com/p/Cuib0HGt1Cc/
Bagaimanapun ketika menyambut ulang tahun kelahiran ke-51 di Itali baru-baru ini, aktres Modern Family itu hanya ditemani rakan-rakannya tanpa kehadiran Joe di sisi. Cincin perkahwinan di jari manisnya juga tidak kelihatan. Ini sekali gus mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat. Hanya selepas beberapa hari, pasangan itu mengumumkan perceraian menerusi satu kenyataan bersama.
Pasangan itu diraikan dalam satu majlis gemilang yang berlangsung di Palm Beach, Florida dengan kehadiran 400 tetamu. Antara selebriti yang hadir memeriahkan majlis adalah Reese Witherspoon, Channing Tatum, Anna Paquin, Stephen Moyer, Ariel Winter, Jesse Tyler Ferguson dan Sarah Hyland. Sepanjang tujuh tahun perkahwinan, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Bagaimanapun Sofia mempunyai seorang anak lelaki bernama Manolo, 32, hasil perkongsian hidupnya dengan suami pertama, Joe Gonzalez.
Foto: Getty Images
Baca: Mengejutkan! Finding Your Roots Bongkar Susur Galur Joe Manganiello
“Kami telah membuat satu keputusan yang sukar iaitu untuk bercerai. Sebagai dua orang yang sangat menyayangi dan mengambil berat tentang satu sama lain, kami mohon privasi kala mengharungi fasa baharu dalam hidup kami ini.”
Punca Perceraian Joe Manganiello & Sofia Vergara
Walaupun punca sebenar perpisahan mereka tidak diketahui, satu sumber terdekat mendedahkan bahawa ia terjadi disebabkan ketidaksefahaman yang berpanjangan. Mereka dilaporkan tidak lagi mencintai satu sama lain, gemar meluangkan masa sendirian dan lebih mengutamakan kerjaya berbanding hubungan suami isteri. Pertemuan pertama Joe dan Sofia berlaku di Majlis Makan Malam Perwakilan Rumah Putih pada 2014. Ketika itu Sofia masih lagi bergelar tunangan kepada ahli perniagaan, Nick Loeb. Hanya selepas beberapa minggu pasangan itu berpisah pada Mei 2014, Joe meminta nombor telefon aktres itu dan perhubungan mereka berkembang pantas. Pada Hari Krismas tahun sama, aktor Magic Mike itu melamar dan mereka berkahwin setahun kemudian pada bulan November 2015.
Foto: Instagram
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
