Related Stories
Home > Gaya Hidup > Anggun Dan Jelita! Kenali 5 Puteri-Puteri Sultan Pahang Ini
Anggun Dan Jelita! Kenali 5 Puteri-Puteri Sultan Pahang Ini
Baru-baru ini, keluarga kerabat diraja Pahang yang terkenal dengan sikap rendah diri dan berjiwa rakyat ini hangat diperkatakan di media sosial. Mana tidaknya, untuk pertama kali kerabat diRaja ini menghadiri sesi Kembara Kenali Borneo yang bermula pada 3 september 2023 yang lalu. Ayuh kenali 5 Puteri-Puteri Sultan Pahang ini!
Kedatangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isterinya iaitu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anak-anak disambut sangat meriah oleh rakyat Sabah. Sambutan yang meriah itu juga membuatkan Raja Permaisuri sebak kerana begitu terharu melihat rakyat Sabah teruja menyambut kehadiran Baginda sekeluarga.
Memang tidak dinafikan kesemua puteri-puteri dari negeri Pahang memang sangat cantik dan anggun. Al-Sultan Abdullah mempunyai lima orang Puteri. Tiga daripadanya, Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Ilisha Ameera dan Tengku Ilyana, merupakan hasil perkahwinan Yang di-Pertuan Agong bersama Cik Puan Julia Rais. Manakala, dua puteri lagi iaitu Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah merupakan hasil perkahwinan Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri.
Artikel Berkaitan : Anggun Dengan Sifat Keibuan, Ini 10 Fakta Menarik Tentang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Kenali 5 Orang Puteri-Puteri Pahang Yang Cantik Dan Anggun
Jika sebelum ini kita hanya dapat mengenali putera-putera raja Pahang, kali ini kita berkenalan pula dengan puteri-puteri raja negeri Pahang yang cantik dan anggun ini.
1. YAM Tengku Puteri Iman Afzan
Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (lahir 11 November 1992) ialah seorang Malaysian Mental Health activist. Dia adalah anak sulung daripada 3 orang adik-beradik kandungnya. Beliau berkhidmat di J’keb Foundation dan the National Coalition for Mental Wellbeing. Tengku Iman dilantik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk berkhidmat sebagai International Patron of World Mental Health Day pada 2020. Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Nottingham di England, dalam bidang sains politik. Beliau juga telah melangsungkan perkahwinan pada 4 Ogos 2018 bersama Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bandahara Tengku Abdullah. Pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tengku Zayn Edin Shah dan Tengku Aleya Norlini.
2. YAM Tengku Puteri Ilisha Ameera
Tengku Puteri Ilisha Ameera merupakan anak kedua hasil daripada perkahwinan Al-Sultan Abdullah dan isteri keduanya iaitu Cik Puan Julia Rais. Puteri anggun ini telah dilahirkan pada 1 Oktober 1993 di Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, beliau juga mendapat pendidikan di Universiti Nottingham, England seperti Tengku Puteri Iman Afzan.
3. YAM Tengku Puteri Ilyana
Tengku Puteri Ilyana merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik-beradik kandungnya. Beliau dilahirkan pada April 20, 1997 di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. Tengku Puteri Ilyana sering menjadi perhatian warganet kerana wajahnya yang sangat jelita persis ibunya. Tengku Ilyana juga telah mendapat pendidikan di Down House School, University of Nottingham yang terletak di England.
4. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah
Tengku Puteri Afzan merupakan puteri sulung hasil perkahwinan Yang di-Pertuan Agong bersama dengan Raja Permaisuri. Beliau dilahirkan pada 11 September 2000, yang juga merupakan kembar kepada Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah. Puteri anggun ini, mendapat pendidikan di Kampus Royal Holloway, University of London di Egham, Surrey, United Kingdom dan kini graduan Sarjana Muda Sains Pengurusan dan Perakaunan. “Beauty with brain” itulah ungkapan yang dikatakan oleh warganet selepas majlis graduasinya yang berlansung di United Kingdom.
5. Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah
Mempunyai raut wajah yang jelita dan anggun seperi bondanya, Tengku Puteri Jihan dilahirkan pada 27 April 2002. Beliau merupakan puteri bongsu hasil perkahwinan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Tengku Puteri Jihan kini sedang melanjutkan pengajian di kota London dalam bidang seni, reka bentuk dan media Sikap lemah lembut beliau serta suaranya menjadi bualan ramai apabila baru-baru ini tular satu video di laman media sosial TikTok yang memaparkan beliau memasuki salah sebuah kedai serbaneka dan pekerja disitu menyambutnya dengan sangat baik.
Artikel Berkaitan : Anggun Dengan Sifat Keibuan, Ini 10 Fakta Menarik Tentang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
