Raikan Wajah Polos Dengan #BarefacedBeautiful
See Also
GLAM mengajak anda untuk lebih menghargai wajah polos untuk menonjolkan keaslian wajah wanita sejati. Beranikah anda untuk tampil #BarefacedBeautiful?

Wanita sinonim dengan produk kecantikan dan penjagaan kulit. Mereka mahu tampil rapi disetiap hari saat bertemu klien atau bertemu janji. Ada juga wanita masih bersolek tebal ketika keluar bersiar-siar. Kurang keyakinan diri mungkin, atau sudah terbiasa. Up to you.
GLAM kali ini mahu menegaskan, wanita sesekali perlu untuk tampil berwajah polos bukan sekadar bersendirian tetapi juga keluar rumah. Yakinkah anda untuk berdepan dengan orang ramai dengan berwajah polos?

Begitupun anda juga perlu tahu menjaga wajah polos mengikut keadaan cuaca di Malaysia. Bimbang pula panahan cahaya matahari akan memberi kesan buruk terhadap kulit wajah.
A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on
Melindung kulit daripada panahan SPF sangat peniting. Walaupun penampilan berwajah polos, adalah wajib untuk anda mengoles produk penjagaan kulit selapis dua. Pelembap itu wajib! CC cream juga perlu! Atau sekadar tinted moisturizer.

Kebanyakan CC cream dan tinted moisturizer sudah memiliki warna mengikut kulit masing-masing.
Apakah maksud barefaced bagi GLAM? Solekan ‘no makeup makeup’ anda masih mengenakan solekan. Begitupun wajah polos dimaksudkan GLAM adalah wajah yang di-prep terlebih dahulu. Bukan kulit raw semata-mata!
Selian team Editorial GLAM, kami mengundang Maya Karin, Izara Aishah, Alicia Amin, Farah Ann dan Sangeeta untuk berkongsi rutin mereka barwajah polos. Kebanyakan mereka menggunakan produk penjagaan kulit sebelum keluar rumah. Anda bagaimana?
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
