Home > Personaliti > “Saya percaya setiap orang ada waktunya” – Dayang Nurfaizah
“Saya percaya setiap orang ada waktunya” – Dayang Nurfaizah
Ini memang tahun Dayang Nurfaizah. Namanya disebut-sebut kala lagu hitnya, Di Pintu Syurga menjadi siulan ramai. Penampilannya baru-baru ini di dalam gaun couture Rizalman Ibrahim di atas pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), berjaya membuatkan penonton terpesona. Ditambah dengan lontaran vokalnya yang menusuk jiwa, penyanyi ini membawa pulang kemenangan besar. Selain mendapat tempat ketiga, Dayang Nurfaizah dianugerahkan trofi Vokal Terbaik. Kemenangan di AJL nyata bukan noktahnya.
Selang beberapa minggu selepas itu, Dayang muncul juara dalam program realiti, Mentor Legend. Sesungguhnya episod-episod manis ini menambahkan manisnya kepada perjalanan kerjaya seni Dayang yang sudah pun mengecap tahun ke-16. Mula menyanyi sejak habis sekolah yakni ketika berumur 18 tahun, Dayang sudah cukup selesa dalam kedudukannya sebagai salah seorang diva terhebat tanahair di usia 34 tahun.
“Saya amat terkejut sebenarnya. Sampai hari ini masih lagi terasa penatnya, tapi saya gembira. Bila saya dapat tahu yang single Di Pintu Syurga berjaya masuk final AJL, saya okay saja. Just go with the flow. Saya tidak pernah mengharapkan apa-apa, cuma niat mahu memberikan yang sebaik mungkin. Tapi mungkin bila kita buat sesuatu yang kita suka, hasilnya juga pasti bagus. Jadi syukur atas tindak balas positif semua orang dan syukur juga di atas kemenangan ini,” ujar Dayang yang tidak pernah putus asa dalam membina kredibilitinya sebagai salah seorang penyanyi wanita terbaik negara.
“Saya percaya setiap insan seni, perjalanan kerjaya setiap seorang adalah berlainan. Sewaktu saya mula-mula mencipta nama dahulu, itu ibarat pengenalan buat peminat industri. Dalam jangka masa di antaranya, saya kira itu adalah waktunya untuk saya bereksperimen dengan muzik. Saya senantiasa tercari-cari akan apa yang terbaru serta arah tuju kerjaya seni saya. Kalau pun tidak banyak diberi publisiti dan nampak seakan laluan saya sukar, saya tetap syukur dan happy. Bagi saya ini semua hanya sebahagian daripada proses kehidupan dan saya tidak pernah menyesal.
Dayang percaya, sebagai seorang penghibur, dia perlu ada keseimbangan. Dia tidak setuju memberikan 100 peratus apa yang peminat mahukan dan dalam masa sama membelakangi apa sebenarnya yang jiwanya idamkan. “Kalau di luar negara, penyanyi boleh menjadi apa saja yang dia mahu dari genre hingga ke imej. Tapi di negara ini, kita perlu beri apa yang peminat mahu. Sebagai penyanyi, saya juga percaya yang kita perlu menjadi diri sendiri. Setelah bertahun dalam industri seni, saya tahu saya tak boleh ikutkan hati dalam berkarya. Saya perlu menyesuaikan menurut halwa telinga pendengar.” Kata Dayang lagi, kalau ikutkan sangat aliran semasa, nanti bila nak menyanyi pun separuh hati dan tiada perasaan. Jadi keseimbangan itu perlu.
Bagaimana pula senario industri seni negara yang cukup berwarna-warni dengan gosip dan skandal? Tidakkah kontroversi itu membantu dari segi publisiti? “Itu pilihan masing-masing. Mungkin ada sesetengah yang berasakan perlu. Tapi saya selesa dengan pilihan saya. Saya fokus 100 peratus kepada bidang yang saya cintai dan akan terus mengasah bakat anugerah Tuhan ini. Kalau orang lain, ada juga mencuba cabang kerjaya lain atau pun membuka perniagaan, saya masih menghambakan diri secara total kepada dunia seni suara,” ujar Dayang yang tidak pernah ada sebarang pantang larang dalam hal penjagaan suaranya. Cuma katanya, sekarang ini baru sahaja dia mulai mengurangkan minuman berais.
Bercakap mengenai gosip, Dayang Nurfaizah mungkin seorang dalam sebilangan selebriti yang bebas kontroversi. Tiada siapa yang benar-benar pernah mencungkil rahsia hatinya. Apakah Dayang sudah berpunya? “Sejak dulu sampai sekarang, semua orang tanya benda yang sama. Dalam banyak-banyak soalan, ini soalan yang paling saya takut! Entah lah… mungkin saya belum ketemu lelaki yang benar-benar ikhlas? Saya cuma inginkan seseorang yang sederhana perwatakannya, tidak menunjuk-nunjuk. Saya serahkan jodoh pada Allah.” Jika dikatakan dia sunyi tidak berteman, balas anak ketiga dari empat orang adik-beradik ini, hidupnya sentiasa sibuk. Kerana kala bekerja, dia akan memberi tumpuan sepenuhnya. Lagi pun, keluarganya ada di Kuala Lumpur tinggal bersamanya. “Mahu saja saya pergi bercuti sekarang ni… berehat sekejap, ambil angin. Tapi jadual terlalu ketat. Minggu depan ni ada persembahan untuk Minggu Setiausaha pula.”
Tentu sekali saya terpanggil untuk bertanyakan perihal pesona pentasnya yang begitu gah dalam busana ciptaan Rizalman Ibrahim. “Saya mulai memakai rekaannya sejak album kedua lagi. Dengan Rizalman, saya tidak perlu risau dengan hasil akhirnya. Dia tahu apa yang bagus dan sesuai dengan diri dan imej saya. Setiap baju yang terhasil, dihalusi dengan penuh terperinci. Ada orang suka dan yang tak suka. Orang kata, kenapa buat baju yang tak boleh jalan? Ini kerana baju yang direka adalah khas untuk membuat persembahan. Ramai juga yang tak paham tapi tak mengapa.” Bagaimanalah agaknya jika suatu hari nanti Dayang Nurfaizah melakukan konsert solo dengan set kostum pentas ilham Rizalman Ibrahim? “Oh, fasal konsert tunggu dulu. Penat AJL pun tak habis lagi!”
Teks SUZIE ADNAN
Konsep & Penata Gaya CHEAH WEI CHUN CLANHOUSEONLINE.COM
Gambar BUSTAMAM MOKHTAR WHITE STUDIO
Penyelaras AIZAT AIDID
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi April 2015
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
