Home > Gaya Hidup > 4 Set Hidangan Mewah Terbaik 2022
Memiliki set peralatan makan mewah lengkap yang terdiri daripada pinggan, mangkuk, piring sisi, sudu dan garfu bersadur perak, serta jug dan gelas yang sepadan adalah dambaan semua.
pengarang gaya hidup ZUHAIRIE SAHROM foto DIOR, FENDI, HERMÈS & VERSACE
Bagi meningkatkan seri dekorasi lantas menetapkan nada di meja santapan saat melangsungkan majlis makan malam di rumah, GLAM merekomendasikan 4 set hidangan makan malam mewah terbaik untuk menutup tirai tahun ini!
Sekiranya anda mencarikan set peralatan makan malam mewah yang lengkap, lantas mengusulkan tata rias yang meliputi perincian mewah; GLAM membentangkan empat himpunan peralatan makan malam mewah hasil garapan rumah fesyen terkemuka Itali dan Perancis. Bukan sahaja mencitrakan koleksi ceraian pakaian, beg, kasut serta barang kemas; mereka turut menampilkan objek perhiasan bagi memenuhi ruang kediaman impian. Menawarkan set peralatan lengkap dari pinggan, mangkuk, piring sisi, sudu dan garfu bersadur perak, jag serta gelas; berikut adalah kompilasi himpunan set makan malam mewah terbaik untuk menutup tirai tahun ini. Tidak hanya meningkatkan seri dekorasi di meja santapan, anda bakal bersedia untuk berlibur dengan penuh gaya. Secara tidak langsung, membiaskan sentuhan kelas yang tersendiri selama bertahun-tahun berkat ketukangan pembuatannya yang terperinci. Lantas, kelestariannya terpaku buat majlis makan malam anda yang seterusnya.Hermès Soleil d’Hermès
Memuatkan 24 item porselin daripada bekas gula sehingga mangkuk salad; piring cawan kopi ke pinggan hidangan; Soleil d’Hermès adalah olahan terbaru buat famili set pinggan mangkuk mewah La Table Hermès. Kesemua kepingan pinggan mangkuk Soleil d’Hermès menampilkan konstruksi geometri berdakap keceriaan dan kehangatan rona kuning yang bergaris halus warna hitam dikontraskan dengan berlatarkan rona putih.
Corak abstraknya direka oleh ilustrator Arielle de Brichambaut di bawah naungan Benoît-Pierre Emery; yang merupakan pengarah kreatif La Table Hermès. Koleksi ini adalah yang kedua dicitrakan de Brichambaut, mengikuti barisan Balcons du Guadalquivir yang tampil berani diolah motif geometri dalam warna merah. Juga, penampilan Bleus d’Ailleurs yang hadir dalam hiasan kaleidoskopik rona biru.
Fendi Home Décor O’Lock
Dalam melengkapi rangkaian perlengkapan kediaman FENDI Casa, buat julung kalinya FENDI memperkenalkan barisan aksesori serta dekorasi kediamannya. Himpunan eksklusif Home Décor & Lifestyle ini dibawakan hasil bimbingan kreatif Silvia Venturini Fendi yang tampil di suntik identiti juga ketukangan tertinggi maison ini.
Garis estetik seninya memadukan rona bumi, emas dan warna terang seperti warna ikonik Fendi; termasuk warna kuning terang, hijau dan merah jambu lembut tersebar di seluruh koleksi untuk menawarkan palet warna yang seimbang. Meneruskan legasi kod rumah fesyen Fendi, ia turut memperlihatkan logo Fendi Roma yang ikonik dan lambang O’Lock dikontekstualisasikan semula pada set porselin, dulang, bekas lilin dan kotak.
Versace Rosenthal Virtus Gala
Buat penutup tirai 2022, Rosenthal bertemu Versace bagi mengembangkan siri dekorasi lengkap Virtus Gala. Palet rona hitam, putih dan emas digabungkan bersama koleksi pinggan mangkuk yang menerokai estetika Barocco Versace. Diinspirasikan oleh reka bentuk ikonik jenama ini, set peralatan hidangan mewah diperbuat dari porselin baharu merujuk kepada rincian gaun malam yang elegan dan beg tangan Virtus yang sofistikated.
Barocco V yang ikonik dihamparkan pada tengah-tengah barisan pinggan mangkuk, dikelilingi oleh daun acanthus yang bergaya. Campuran dan suai padan pelbagai versi pinggan, cawan, mangkuk, jag dan hadiah yang membarisi Virtus Gala Black dan Virtus Gala White memberikan kontras yang bergaya.
Dior Aquarius
Dior Maison membentangkan himpunan pinggan mangkuk meja Aquarius yang dicitrakan oleh Pengarah Artistik Cordelia de Castellane. Diinspirasikan oleh kepelbagaian genus ikan air tawar yang menelusuri sungai mengelilingi kincir air Monsieur Dior di Milly-la-Forêt, siri ini memperjuangkan kedamaian palet rona biru, hijau laut dan kuning.
Menawarkan kepelbagaian jenis objek dekorasi dari kaca dan pinggan mangkuk yang tampil dengan kemasan berkilat, Aquarius membiaskan spektrum cahaya dari pantulan jisim air lantas membingkiskan rasa kedamaian buat dekorasi meja santapan anda. Secara tidak langsung, perinciannya memainkan peranan dalam penciptaan corak ikonik Toile du Jouy yang menambahkan sentuhan keanggunan dalam menjulang pergerakan seni dari pertengahan abad ke-18 ini.
Pautan berkaitan: Transfromasi Mewah Arca Seni Louis Vuitton Les Extraits
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
