GLAM Weddings: Perkahwinan Kerabat Perak, Kenali Raja Sarina Raja Iskandar
GLAM Deko Trend – Piuter Royal Selangor
GLAM DEKO Jurnal – Eksplorasi Johor
10 Rekaan Katil Terindah Pernah Dilihat!
Ceritera Cinta Nora Khalid
Home > GLAM Plus > GLAM Horologi > Sydney McLaughlin Kian Mendominasi

Sydney McLaughlin Kian Mendominasi

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

TAG Heuer menyunting energi juara atlet wanita Amerika yang kian mendominasi trek balapan dan padang, Sydney McLaughlin sebagai ambasador terbarunya.

Rumah arloji Swiss, TAG Heuer kini memperkaya pelapis atau bakat baru dalam portfolio ambasadornya dengan menyunting atlet wanita yang luar biasa; merangkap Olympian skuad olahraga AS, Sydney McLaughlin. Kerjasama baru ini meneguhkan komitmen pembuat jam tangan dalam mendakap sukan yang melibatkan kepantasan dan ketepatan. Juga sokongannya terhadap atlet fenomenal yang menterjemahkan cogan kata ‘Don’t crack under pressure’ yang divisikan oleh TAG Heuer.

Sydney McLaughlin Kian Mendominasi 04

“Saya sangat gembira dengan perkongsian baru ini bersama TAG Heuer. Lantas, dikelilingi dan tersenarai antara ambasador hebat mereka. Kesungguhan yang dikongsi bersama TAG Heuer untuk prestasi tinggi, kekuatan mental serta spirit ‘Don’t crack under pressure’ ini, menzahirkan padanan yang natural lagi autentik. TAG Heuer Connected saya sudah menjadi teman seharian saya, dalam dan di luar padang.”

Sydney McLaughlin
Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse