Related Stories
Home > Gaya Hidup > Tahniah! Mimi Lana dan Syafiq Kyle Kini Sah Bergelar Suami Isteri
Tahniah! Mimi Lana dan Syafiq Kyle Kini Sah Bergelar Suami Isteri
Tahniah dan selamat pengantin baru dari GLAM Malaysia. Pelakon popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana akhirnya berkongsi berita gembira kepada seluruh peminat mereka apabila kedua-duanya kini sah bergelar suami isteri.
Pasangan ini, yang sering menjadi perhatian peminat kerana kisah cinta mereka yang romantis dan penuh cabaran, akhirnya mengikat janji suci sebagai suami isteri di hadapan keluarga tanpa dihidu pihak media.
Pasangan ini telah melangsungkan pernikahan di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak, dalam sebuah majlis yang penuh keintiman. Majlis tersebut diadakan secara tertutup tanpa sebarang pengetahuan media mahupun orang luar. Sebelum itu, Mimi dan Syafiq berkongsi kemanisan detik berharga itu dengan para peminat melalui entri di Instagram masing-masing, memaparkan gambar tangan mereka yang dihiasi cincin, bersama satu lagi gambar mesra berpelukan. Perkhabaran Syafiq Kyle telah berjaya menawan hati Mimi dan kini hanya menanti waktu yang tepat untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka kini telah menjadi kenyataan.Majlis pernikahan mereka yang berlangsung dalam suasana intim, dihujani dengan ucapan peminat. Peminat serta rakan industri turut membanjiri media sosial dengan ucapan tahniah kepada pasangan ini, yang telah melalui pelbagai fasa dalam hubungan mereka sebelum akhirnya mengukuhkan ikatan cinta di jenjang pelamin. Syafiq Kyle dan Mimi Lana memilih hari penuh keberkatan, Jumaat, sebagai tarikh istimewa untuk menyatukan cintanya dengan Mimi Lana. Dalam suasana yang penuh makna, akad nikah berlangsung dengan lancar, menyaksikan Syafiq melafazkan ijab kabul dengan tenang dan penuh keyakinan. Pemilihan hari Jumaat ini bukan sahaja membawa simbolik keberkatan dalam perkahwinan mereka, tetapi juga menjadi satu permulaan yang indah untuk kehidupan baru sebagai suami isteri. Pengantin perempuan anggun dalam busana Teh Firdaus dan disolek oleh Fazz Ariffin, manakala Syafiq Kyle dirias oleh Khir Khalid.
Pasangan ini pada awalnya merancang untuk mengikat tali perkahwinan pada 18 Ogos 2023, namun majlis tersebut terpaksa dibatalkan. Tanpa mengungkapkan sebab pembatalan itu, kemudian memaklumkan bahawa mereka kekal sebagai sahabat baik dan terbuka untuk berkolaborasi dalam projek drama atau filem pada masa akan datang. Artikel Berkaitan: Mimi Lana Mulakan Lembaran BaharuView this post on InstagramA post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)
See Also
5 Restoran Mewah Raikan Kekasih Di Petronas Twin Towers
David Beckham Berkorban Demi Ratu Elizabeth II
Kulit Majalah Vogue Kamala Harris Cetus Kontroversi
Filem Asia Yang Patut Ditonton Sepanjang Tahun 2024
5 Cara Sihat Tingkatkan Tenaga Pagi Tanpa Bergantung pada Kopi
Emily Ratajkowski Dituduh Mendapatkan Suntikan Bibir Ketika Hamil![]()
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
