Loading media...

Unable to load content
Dari Vienna Ke Milan, Swarovski – Masters Of Light Kini Dibuka Di Palazzo Citterio
Integrasi Seni, Budaya & Teknologi: Samsung Mentransformasikan Semua House
Che Puan Sarimah Ibrahim Kongsi Kisah Cintanya Bersama Orang Istana
Punca Sebenar Pembatalan Konsert Jelajah Harry Styles Di Copenhagen
Panduan Lebih Kemas Dan Selamat Bersama GLC 350 e 4MATIC Coupe
Home > Personaliti > Apa Siapa Di Mana? > Taylor Swift Julang Anugerah Ikon, Anggun Dengan Persalinan Versace

Taylor Swift Julang Anugerah Ikon, Anggun Dengan Persalinan Versace

Anugerah Teen Choice Awards baru-baru saja melabuhkan tirainya sebentar tadi dan antara yang menyerlah sudah pastinya penyanyi popular, Taylor Swift yang hadir memeriahkan acara. Kehadiran Taylor menggamatkan suasana apabila tampil bergaya dan chic dengan persalinan Versace yang turut menyerlahkan bahagian kakinya, make her super tall and edgy! 

Photo by Michael Buckner/Variety/Shutterstock

Berlangsung di Hermosa Beach, California, Anugerah Teen Choice ini turut mengiktiraf kejayaan dan sumbangan Taylor dalam bidang seni apabila dirinya dianugerahkan Inaugural Icon Award. “Okay, we have a lot to talk about and aesthetically speaking, this might be my favorite award,” Swift memulakan bicara saat melangkah naik menerima papan luncur dari juara dunia, Alex Morgan.

Di samping itu, Taylor turut mengumumkan lagu barunya, Lover yang akan dilancarkan pada Jumaat ini dan seterusnya mempromosikan album terbaru dan ketujuhnya dengan tajuk yang sama. We are definitely can’t wait!