Home > Gaya Hidup > Tiarasa Escapes Definisi Percutian Mewah Glamping
Tiarasa Escapes Definisi Percutian Mewah Glamping
By
Julia Azman
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full Bio|
Dec 03, 2025
Keluar dari hiruk-piruk kota dan kembali bertemu alam semula jadi. Tiarasa Escapes menawarkan pengalaman mewah dan tersendiri yang menjanjikan keselesaan luar biasa. Hanya 45 minit dari Kuala Lumpur, resort glamping ini adalah destinasi impian untuk mereka yang menginginkan detoks digital dengan sentuhan moden.
Dalam dunia yang semakin pantas ini, mencari ruang untuk bernafas dan menyambung semula dengan alam semula jadi bukan lagi kemewahan, ia adalah keperluan. Di Tiarasa Escapes, konsep glamping diperkenalkan di Malaysia dan ia menjadikan pilihan terbaik setiap golongan, di mana kemewahan berpadu sempurna dengan keindahan primitif hutan tropika.
Terletak di kaki bukit Janda Baik yang sejuk dan diliputi kabus gunung, Tiarasa Escapes adalah manifestasi impian pelakon dan usahawan tersohor, Puan Sri Tiara Jacquelina. Terinspirasi oleh kenangan zaman kanak-kanaknya membaca novel Enid Blyton dan pengalaman menginap di khemah Berber yang mempesonakan di Kasbah Tamadot, Morocco, kembalinya dia ke Malaysia, ia mencetus ilham untuk menampilkan kawasan seluas tujuh ekar ini sebagai ruang di mana keluarga boleh membina kenangan abadi.
Bagi mereka yang menginginkan pengalaman lebih eksklusif, lima villa treehouse menawarkan ketenangan yang sofistikasi. Dengan dua bilik tidur, bilik mandi en-suite, dan beranda yang mengelilingi seluruh struktur, villa-villa ini adalah definisi sebenar kemewahan rustik. Dreamcatcher yang tergantung, mandala yang artistik, dan hammock peribadi menambah sentuhan intim yang menjadikan setiap detik terasa istimewa.
Kemuncak kemewahan boleh ditemui di dua villa bespoke iaitu Heliconia Honeymoon Suite dan Tiarasa Owners’ Tent yang masing-masing mencerminkan perjalanan dan passion unik Puan Sri Tiara Jacquelina sendiri. Ini bukan sekadar penginapan, ia adalah pengalaman yang dikurasi dengan penuh jiwa.
Di Tiarasa Escapes bukan sekadar tempat untuk berehat. Ia adalah playground untuk terbaik untuk detoks minda dan jiwa anda! Setiap pagi dan petang, rangers berpengalaman memimpin nature walks di mana anda berkesempatan melihat burung belatuk bersayap crimson atau falconet paha hitam yang sukar dilihat. Bagi pencinta burung, ini adalah syurga yang tidak boleh dilepaskan.
Aktiviti-aktiviti lain termasuk ATV riding untuk yang gemar adrenalin, river tubing di Sungai Enderong yang jernih, dan jungle treks yang membawa anda lebih dalam ke dalam hutan huai yang berusia berabad-abad. Untuk pengalaman yang lebih santai, riverside picnic yang dikurasi khas menawarkan hidangan yang menakjubkan seperti sandwiches gourmet, kuih-muih tempatan, dan kopi atau teh , semuanya dihidangkan di lokasi paling picturesque di sepanjang sungai. Kanak-kanak pula boleh menikmati treasure hunts, marshmallow roasting di tepi api unggun, dan sesi arts & crafts termasuk Batik painting. Sementara itu, orang dewasa boleh mencari ketenangan melalui sesi yoga pada waktu subuh atau sekadar bersantai di wading pool outdoor yang menyejukkan. Setiap petang, upacara penyalaan api unggun komunal di amphitheatre lawn menjadi pusat perhimpunan. Api yang megah ini bukan sekadar tradisi, ia adalah simbolik kepada semangat glamping yang tulen, di mana komuniti berkumpul untuk berkongsi cerita dan ketawa.
GLAM turut dijemput untuk staycation di Tiarasa Escapes bersama aktres terkenal, Sharifah Sakinah. Kali pertama kami menjejak kaki di sini terasa diri dipeluk rapat oleh alam! Kata Sakinah, saat dia melangkah ke khemah mewahnya ternyata ia bukan khemah biasa, ia seperti rumah yang dikelilingi hutan tropika namun serba selesa. Apa yang menarik perhatian GLAM adalah sewaktu makan pagi, setiap tetamu dijamukan pelbagai hidangan tempatan, dan menurut team Tiarasa Escapes, Nasi Lemak Bungkus adalah pilihan utama setiap tetamu yang hadir menginap di sini!
“Saya bukanlah seorang yang individu selesa untuk menginap di hutan tropika, namun apabila kali pertama tidur di Rajah Brooke Family Suite, saya tidur lena! Tiada langsung perasan takut atau digigit serangga liar. Seperti apa yang dikatakan Tiarasa Escapes sememangnya penginapan Glamping mewah pertama di Malaysia,” kata Pengarah Kecantikan GLAM.
Tiarasa Escapes adalah bukti bahawa kemewahan dan kesederhanaan boleh wujud bersama dalam harmoni yang sempurna. Ia adalah tempat di mana masa seolah-olah perlahan, di mana setiap momen terasa berharga, dan di mana anda boleh reconnect bukan sahaja dengan alam semula jadi, tetapi juga dengan mereka yang anda sayangi. Tiarasa Escapes adalah destinasi yang wajib dikunjungi! Sama ada anda mencari romantic getaway, family bonding time, atau sekadar detoks! Inilah dikatakan Glamping Resort Pertama di Malaysia, ia mencetus pengalaman mewah dan terindah.
Artikel berkaitan 5 Lokasi “Hidden Gems” Untuk Staycation di Malaysia

Tiarasa Escapes menawarkan 25 unit penginapan eksklusif yang terbahagi kepada tiga kategori unik. Dua puluh khemah bergaya safari menampilkan reka bentuk yang terinspirasi daripada petualangan klasik, lengkap dengan fabrik Iban Pua Kumbu dan artifak tradisional yang dipilih sendiri oleh Puan Sri Tiara Jacquelina. Setiap khemah dilengkapi dengan katil king-size, penghawa dingin, Wi-Fi, dan beranda peribadi yang menghadap pemandangan memukau.20 khemah bergaya safari menampilkan reka bentuk yang terinspirasi daripada petualangan klasik, lengkap dengan fabrik Iban Pua Kumbu dan artifak tradisional yang dipilih sendiri oleh Puan Sri Tiara Jacquelina.
Bagi mereka yang menginginkan pengalaman lebih eksklusif, lima villa treehouse menawarkan ketenangan yang sofistikasi. Dengan dua bilik tidur, bilik mandi en-suite, dan beranda yang mengelilingi seluruh struktur, villa-villa ini adalah definisi sebenar kemewahan rustik. Dreamcatcher yang tergantung, mandala yang artistik, dan hammock peribadi menambah sentuhan intim yang menjadikan setiap detik terasa istimewa.
Kemuncak kemewahan boleh ditemui di dua villa bespoke iaitu Heliconia Honeymoon Suite dan Tiarasa Owners’ Tent yang masing-masing mencerminkan perjalanan dan passion unik Puan Sri Tiara Jacquelina sendiri. Ini bukan sekadar penginapan, ia adalah pengalaman yang dikurasi dengan penuh jiwa.
Di Tiarasa Escapes bukan sekadar tempat untuk berehat. Ia adalah playground untuk terbaik untuk detoks minda dan jiwa anda! Setiap pagi dan petang, rangers berpengalaman memimpin nature walks di mana anda berkesempatan melihat burung belatuk bersayap crimson atau falconet paha hitam yang sukar dilihat. Bagi pencinta burung, ini adalah syurga yang tidak boleh dilepaskan.
Aktiviti-aktiviti lain termasuk ATV riding untuk yang gemar adrenalin, river tubing di Sungai Enderong yang jernih, dan jungle treks yang membawa anda lebih dalam ke dalam hutan huai yang berusia berabad-abad. Untuk pengalaman yang lebih santai, riverside picnic yang dikurasi khas menawarkan hidangan yang menakjubkan seperti sandwiches gourmet, kuih-muih tempatan, dan kopi atau teh , semuanya dihidangkan di lokasi paling picturesque di sepanjang sungai. Kanak-kanak pula boleh menikmati treasure hunts, marshmallow roasting di tepi api unggun, dan sesi arts & crafts termasuk Batik painting. Sementara itu, orang dewasa boleh mencari ketenangan melalui sesi yoga pada waktu subuh atau sekadar bersantai di wading pool outdoor yang menyejukkan. Setiap petang, upacara penyalaan api unggun komunal di amphitheatre lawn menjadi pusat perhimpunan. Api yang megah ini bukan sekadar tradisi, ia adalah simbolik kepada semangat glamping yang tulen, di mana komuniti berkumpul untuk berkongsi cerita dan ketawa.
Gastronomi yang Menggugah Selera
Tiarasa Rainforest Café adalah jantung pengalaman kulinari di resort ini. Di sini, setiap hidangan adalah karya seni yang dicipta menggunakan bahan-bahan terbaik, termasuk hasil segar dari ladang Tiarasa sendiri. Menu ini menampilkan resipi authentic keluarga Puan Sri Tiara Jacquelina, dimasak dengan penuh dedikasi oleh chef-chef berbakat. Ambience kafe ini adalah gabungan sempurna antara keanggunan dan keselesaan. Dengan dekor yang stylish dan suasana yang tenang, ia adalah setting ideal untuk dinner romantis, majlis sambutan, atau sekadar makan tengahari santai bersama rakan-rakan. Pengalaman dining di sini bukan sekadar makan, ia adalah adventure holistik. Cooking classes, fruit-picking, dan riverbank picnics menambah dimensi baharu kepada pengalaman kulinari anda. Setiap malam, BBQ gathering dengan giant screen movie di bawah langit berbintang adalah cara sempurna untuk mengakhiri hari, lengkap dengan bean bags yang selesa dan aroma BBQ yang memenuhi udara.Komitmen Terhadap Kelestarian
Apa yang benar-benar membezakan Tiarasa Escapes adalah komitmen mendalam mereka terhadap kelestarian alam sekitar. Resort ini menggunakan air sungai yang dituai untuk keperluan harian, termasuk untuk membilas tandas. Laluan-laluan diterangi dengan lampu solar-powered, dan kompos dibuat dengan teliti dari daun-daun yang gugur, kemudian dihantar ke Fitrah Farm, sebuah ladang organik dalam komuniti Janda Baik. Pohon Herba dipetik dari kebun sendiri, buah-buahan dihidangkan dari pokok-pokok di resort apabila bermusim, dan setiap suite dilengkapi dengan botol air kaca yang boleh diisi semula. Tiada cutlery sekali guna digunakan di sini, setiap langkah diambil untuk mengurangkan jejak alam sekitar. Lebih mengagumkan lagi, separuh daripada ahli pasukan Tiarasa adalah bakat muda tempatan dari komuniti Janda Baik.
GLAM turut dijemput untuk staycation di Tiarasa Escapes bersama aktres terkenal, Sharifah Sakinah. Kali pertama kami menjejak kaki di sini terasa diri dipeluk rapat oleh alam! Kata Sakinah, saat dia melangkah ke khemah mewahnya ternyata ia bukan khemah biasa, ia seperti rumah yang dikelilingi hutan tropika namun serba selesa. Apa yang menarik perhatian GLAM adalah sewaktu makan pagi, setiap tetamu dijamukan pelbagai hidangan tempatan, dan menurut team Tiarasa Escapes, Nasi Lemak Bungkus adalah pilihan utama setiap tetamu yang hadir menginap di sini!
“Saya bukanlah seorang yang individu selesa untuk menginap di hutan tropika, namun apabila kali pertama tidur di Rajah Brooke Family Suite, saya tidur lena! Tiada langsung perasan takut atau digigit serangga liar. Seperti apa yang dikatakan Tiarasa Escapes sememangnya penginapan Glamping mewah pertama di Malaysia,” kata Pengarah Kecantikan GLAM.
Tiarasa Escapes adalah bukti bahawa kemewahan dan kesederhanaan boleh wujud bersama dalam harmoni yang sempurna. Ia adalah tempat di mana masa seolah-olah perlahan, di mana setiap momen terasa berharga, dan di mana anda boleh reconnect bukan sahaja dengan alam semula jadi, tetapi juga dengan mereka yang anda sayangi. Tiarasa Escapes adalah destinasi yang wajib dikunjungi! Sama ada anda mencari romantic getaway, family bonding time, atau sekadar detoks! Inilah dikatakan Glamping Resort Pertama di Malaysia, ia mencetus pengalaman mewah dan terindah.
Artikel berkaitan 5 Lokasi “Hidden Gems” Untuk Staycation di Malaysia
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026