Related Stories
Home > Gaya Hidup > Tip Tidak Menaruh Harapan Cinta Si Dia
Benar orang kata, cinta itu buta. Apabila kita mula sayang dan mencintai seseorang, kita sanggup lakukan apa sahaja untuk mereka bahkan lautan api juga sanggup renangi. Namun begitu, menaruh harapan cinta tinggi pada si dia boleh memakan diri.
Untuk elak rasa kekecewaan yang melampau, mulalah kita meletak barrier pada diri dan si dia. Nanti diputar belit cerita, dikatakan kita terlalu cold sedangkan kita hanya mahu mengelak diri daripada rasa hati dan kesedihan.
Memang wajar menaruh harapan cinta si dia yang kita sayang, tetapi jangan berlebihan kerana ia akan merugikan diri sendiri. Sebelum dia memberi isyarat minat terhadap anda, adalah lebih baik untuk anda tidak memberi harapan kepada diri anda sendiri secara keterlaluan terhadap si dia.
6 Petua Elak Menaruh Harapan Tinggi Pada Si Dia
Berikut adalah 6 petua supaya anda tidak menaruh harapan terlalu tinggi walaupun anda sangat menyukainya.1. Jangan Selalu Berkomunikasi
Kerap berkomunikasi dengan dia akan membuatkan anda semakin berharap dan mampu menerbitkan perasaan semakin berbunga-bunga dalam diri anda. Ada baiknya tahan diri agar tidak terlalu sering menghubunginya. Mungkin sebaiknya, anda mengatur masa tertentu untuk berkomunikasi kembali dengan si dia selepas kali terakhir kalian berdua berborak.2. Stop Stalking Media Sosial Dia!
Salah satu perkara yang perlu anda lakukan supaya anda tidak terlalu menaruh harapan kepada si dia ialah mengehadkan pembukaan media sosialnya. Cuba jangan terlalu kerap stalk setiap cerita atau gambarnya. Perbuatan ini hanya akan membuatkan hati anda tidak tenang kerana terlalu memikirkan si dia. Elak juga stalk teman-temannya dan bekas kekasih lama. Ini hanya akan membuatkan anda rasa sedih, kecewa dan mulalah anda membandingkan diri anda dengan orang lain.
Foto: Pinterest
3. Jangan Takut Kehilangan Dia
Perkara yang sering dihadapi tatkala seseorang sedang bercinta ialah takut untuk kehilangan, walaupun anda dan dia tidak melakuan apa-apa tetapi anda mula menjadi risau tidak tentu hala. Jika perkara seperti ini berlaku, kemungkinan besar anda akan mengharapkan lebih banyak lagi dari si dia sedangkan anda belum tentu memilikinya.4. Jangan Berikan Hatimu Sepenuhnya
Hal ini memang tiada apa yang boleh dielak jika ia berkenaan hati. Namun, percayalah, untuk melindungi diri daripada terlalu menaruh harapan, jangan berikan hati anda sepenuhnya pada si dia. Tiada jaminan dia akan menerima anda. Jika hubungan masih goyah atau anda berasa ragu-ragu dengan keikhlasannya, maka cintailah dia sekadar biasa saja agar hati anda tidak kecewa. Mana tahu, di tengan jalan dia mengambil keputusan untuk berpaling.5. Alihkan Fikiran Agar Tidak Selalu Memikirkannya
Berfikir tentang seseorang yang anda cinta adalah lumrah, tetapi jika anda berlebihan, ia akan memberi kesan negatif kepada hidup anda. Alihkan fikiran anda supaya tidak terlalu memikirkan tentang dirinya, sibukan diri dengan aktiviti yang bermanfaat. Jika anda belum punya hobi, mula explore dan ambil peluang ini untuk mengenali diri anda sendiri.
Foto: Pinterest
6. Elakkan Berkorban Untuknya
Jika anda masih dalam di awal perhubungan dengan si dia, sebaiknya anda jangan berkorban apa sahaja untuk dirinya, apa lagi kalau secara berlebihan. Memang betul kata orang, cinta itu memerlukan pengorbanan tetapi mestilah dalam tahap yang munasabah. Jika terlalu berlebihan, maka kecewalah anda jika pada akhirnya dia menolak anda mentah-mentah! Itulah 6 nasihat daripada kami untuk anda agar tidak menaruh harapan yang berlebihan dengan si dia. Yang paling penting, anda sendiri perlu kuat dan harus berfikir waras. Tidak salah untuk utamakan kebahagian diri asalkan berpada-pada. Percaya pada naluri hati ya! Teks Arif Aziz Artikel seterusnya: Alasan Lelaki Lebih Suka Jual Mahal?Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

