Loading media...

Unable to load content
Peminat Kendall Jenner Berpaling Tadah Hanya Dengan Satu Thread
Lily James Dilamar Burberry
Perkenalkan Kylie Jenner, “Youngest Self-Made Billionaire Ever”
Oscar de la Renta disaman Carolina Herrera
Senarai Penuh Pemenang FFM28
Home > Uncategorized > Ulang Tahun Keempat Tokyo Street Pavilion

Ulang Tahun Keempat Tokyo Street Pavilion

Image 13Gambar: Pavilion Kuala Lumpur

 
Tokyo Street di Pavilion Kuala Lumpur sambut ulang tahun keempat dalam sebuah upacara penuh warna. Majlis yang dirasmikan oleh Puan Sri Cindy Lim, Timbalan Pengerusi Pavilion Kuala Lumpur serta Tuan Yang Terutama Makio Miyagawa, Duta Besar Negara Jepun turut diiringi oleh pukulan drum Wadaiko yang membangkitkan lagi tenaga serta kemeriahan budaya negara matahari terbit itu.
 
Upacara perasmian Kagami Biraki yakni sebuah tradisi Jepun dilakukan bagi melambangkan nasib baik serta kemeriahan sambutan yang diadakan. Persembahan tarian ‘Summer Dance’ atau ‘Happy Dance’ oleh penari yang menyarungkan pakaian tradisional Kimono menyemarakkan lagi suasana.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Retail Pavilion, Cik Joyce Yap berkata, “Dalam masa empat tahun, Tokyo Street telah mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah destinasi pilihan segala berkaitan Jepun. Kami sentiasa berusaha untuk memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pelanggan. Ianya turut menjadi matlamat kami untuk menjadikan Tokyo Street sebagai teras kepada aktivit kemasyarakatan dan juga pertukaran budaya.”
 
Image 12

Image 15 (1)

Image 17Gambar: Pavilion Kuala Lumpur