fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kembara Cinta Emma Maembong Dan Kamal Adli Sampai Ke Penghujungnya
Magis Chanel No. 5
Aliza Licht @DKNYPRGirl Tinggalkan DKNY
Irama Lagenda Tchaikovsky Swan Lake Bakal Bergema Di Resorts World Genting
Tommy Hilfiger Tidak Akan Menyertai New York Fashion Week

Butik Chanel di KLCC Menterjemahkan Ruangan Peribadi Coco Chanel

Membayangkan suasana apartmen milik pengasas Chanel sudah menjadi satu kebiasan buat peminat rumah fesyen ikonik ini. Kini impian tersebut menjadi realiti di Aras G Suria KLCC (G06-07 & 105).

 

Butik Chanel kini tampil dengan sentuhan lebih mewah dan peribadi dengan bantuan arkitek Peter Marino. Diinspirasikan oleh apartmen saat GLAM menjejakkan kaki ke dalam butik Chanel ini, suasana keliling jelas menunjukkan jiwa dan estetik pengasas jenama ikonik ini, Gabrielle 'Coco' Chanel.

 
[envira-gallery id="86052"]

Pameran utama yang menghiasi ruang bak galeri terus menarik perhatian dengan boneka pakaian yang mengenakan koleksi terbaru Karl Lagerfeld buat Chanel Cruise 2019. Kemudiannya bahagian aksesori dan perhiasan turut menarik perhatian kami dengan koleksi-koleksi terbaru mereka dipamerkan secara eksklusif.

 

Dari 2.55, 11.12, Boy CHANEL, CHANEL's Gabrielle dan juga CHANEL 31, butik Chanel ini menampilkan item-item yang diidamkan oleh fashionista Malaysia. Tangga mewah yang membawa kami ke aras dua menampilkan lebih banyak lagi koleksi Chanel dan tidak lupa juga hiasan portrait Coco Chanel oleh artis Vik Muniz turut menyemarakkan lagi nuansa mewah ruang tersebut. Di ruang ini juga terdapat sebuah bilik peribada yang mencerminkan estetik Chanel yang cukup dikenali ramai.

6 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

6 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse